View: 3182|Reply: 10
|
Kereta Disita Tahun 2003, 2013 JPJ Masih Keluar Cukai Jalan?
[Copy link]
|
|
Oleh : Fyruz Hanna
Rakaman ini tersebar baru sahaja 22 jam lalu. Lelaki ini dipercayai mengamuk kerana keretanya yang disita pada tahun 2003 telah pun dijual dan digunakan oleh orang lain.
Mana silapnya, yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menyita kenderaan milik lelaki ini kerana terdapat perubahan pada nombor chasis.
Lelaki terbabit membeli kereta dengan harga RM78,000 itu datang untuk memperbaharui cukai jalan namun pihak JPJ tidak dapat memperbaharui kes terbabit dan minta untuk menyelesaikan di balai polis.
Setelah memeriksa status kenderaanya dengan JPJ, kenderaan itu sememangnya wujud dan lelaki ini hairan bagaimana kenderaan yang telah disita sekian lama masih berstatus aktif.
Selepas memeriksa pemilik baru kenderaan tersebut, lelaki ini meminta Pengarah JPJ untuk menahan lelaki yang telah menggunakan kenderaannya namun ditolak oleh pengarah tersebut kerana diluar bidang kuasanya.
Yang dikesalkan lelaki ini adalah, keadaan seperti tidak harus berlaku kerana membahayakan nyawa dan nama lelaki ini yang menjadi pemilik asal kenderaan terbabit.
Kenderaan itu juga dipercayai dan jual ketika masih dalam status 'sita'. Motto "jujur,amanah" juga diherdik oleh lelaki ini yang mempersoalkan kenderaannya boleh bolos dan dijual oleh JPJ sendiri.
Menurut netizen bernama Marzuki Yusof, keadaan ini tak harus berlaku apabila orang yang diamanahkan tidak menjalankan tugas dan rakyat yang menerima kesan akibat ketirisan dalam menjalankan tugas.
Diharap pihak JPJ dapat tampil dan memberi penjelasan yang sewajarnya untuk kes yang berlaku seperti ini.-CARI Infonet.
sumber:sukanstar |
|
|
|
|
|
|
|
ko jadi wartawan ni mmg suka ek .. bukak topik yang orang lain dah bukak? tak boleh nak cek dulu ek dik?
|
|
|
|
|
|
|
|
JPJ Penang, sila bagi penjelasan... |
|
|
|
|
|
|
|
Muka tebal ye ko fyrus hanna |
|
|
|
|
|
|
|
banyak dah benda nie berlaku......banyak kereta deme sita nie....dema guna untuk jenayah pun ado...... |
|
|
|
|
|
|
|
korg ni duk kutuk2 wartawan cari, nak kena simen dlm tong dgn admin ke? |
|
|
|
|
|
|
|
jpj................................. |
|
|
|
|
|
|
| |
|