Bila bercerita tentang Coconut Shake pasti terbayangkan Pantai Klebang, Melaka kerana pantai Klebang sememangnya sudah sinonim dengan Coconut Shake yang dikatakan sangat sedap.
Coconut Shake diperbuat dari campuran air kelapa, ais ketul, ais krim dan sedikit air gula.
Tak perlu bersusah payah untuk ke pantai Klebang jika ingin merasai keenakkan Coconut Shake, ini kerana anda boleh membuatnya sendiri. Tak susah, janji rajin.
Foto : food.malaysiamostwanted
Bahan-bahannya adalah :
1. Air kelapa muda
2. Ais krim vanila
3. Isi buah kelapa
4. Ais
5. Air gula
Cara membuat :
1. Sediakan blender.
2. Masukan semua bahan-bahan; air kelapa muda, isi buah kelapa, ais krim perisa vanila dan ketulan ais ke dalam blender.
3. Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa.
4. Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
5. Siap sedia dihidang dan diminum.
Selamat mencuba! Kalau sedap jangan lupa pelawa. - CARI Infonet.