View: 5179|Reply: 35
|
[Tempatan]
Isu gelaran 'datuk': Orang bagi, ayah ambillah. UPDATE Video #13
[Copy link]
|
|
Edited by obelisk at 6-1-2016 11:44 AM
Isu gelaran 'datuk': Orang bagi, ayah ambillah
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
5 Januari 2016
GOMBAK - "Orang bagi, ayah ambillah". Demikian reaksi Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berhubung isu penganugerahan gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka dari 'Sultan Melaka', bulan lalu.
Beliau tampil memberi keterangan kepada Polis Melaka Tengah di Balai Polis Gombak, hari ini.
Menurutnya, sepanjang memberi keterangan, beliau hanya ditanya soalan-soalan yang disifatkan sebagai biasa serta mendapat layanan yang baik.
"Atas persetujuan saya, mereka bawa saya ke Balai Polis Gombak. Soalan-soalannya biasa sahaja. (Antaranya) kenapa saya menerima darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.
"Jawapan saya mudah, saya ambil (sebab) orang bagi. Bukan senang nak dapat Datuk Paduka. Ini pula ada Sultan yang nak beri, bukan kena bayar apa-apa pun," katanya ketika ditemui pemberita selesai memberi keterangan, hari ini.
Sebelum ini beliau dilihat dibawa menaiki sebuah kenderaan polis jenis Proton Preve berwarna perak diiringi sebuah lagi kenderaan sama dari Polis Melaka Tengah ke balai polis terbabit kira-kira jam 2.30 petang.
Pada mulanya beliau mahu memberi keterangan kepada Polis Melaka Tengah di sebuah restoran mamak di sini, bagaimanapun dibawa ke Balai Polis Gombak.
Mengulas lanjut, Abdul Rani mengakui segala persiapan termasuk persalinan disediakan individu yang mengaku sebagai Sultan Melaka itu.
"Salahkah saya ambil? Kalau salah, bagilah yang tak salah. Yang betul mana?
"Lima tahun saya aktif membuat repot polis hinggakan saya digelar Raja Repot. Bukan saya gelar tapi mereka yang gelar saya. Raja Repot kena angkut hari ini, kacau betul," katanya.
Sebelum ini, Abdul Rani menerima anugerah membawa gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka daripada individu bernama Noor Jan Tuah yang mengakui dirinya Sultan Melaka.
Bagaimanapun, majlis penganugerahan pingat itu dianggap tidak diiktiraf dan kini disiasat di bawah Akta Hasutan.
Isu Noor Jan kembali hangat apabila majlis penganugerahan itu melibatkan beberapa individu yang kerap mendapat perhatian dan menjadi viral di media sosial termasuk Abdul Rani.
Noor Jan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan bawah akta sama, selepas mengadakan majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf. --SinarHarian
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kerja apa? Nampak gambar aritu anak2 kecik lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
wah..detail betul reporter ni..siap bagi kereta apa brand apa lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
apasal dia x join umno jadi menteri seperti maslan? |
|
|
|
|
|
|
|
tergugatlah kebadutan ahmad maslan sis
|
|
|
|
|
|
|
|
apasal x tangkap sultan Melaka sumbat trus dalam jail.duk luar tiap2 tahun buat majlis penganugerahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang hadap pangkat...sanggup minta 'yang tak salah kalau yg ' sultan melaka' tu bagi yg salah' |
|
|
|
|
|
|
|
Takde Sultan/Raja pun nak bagi pingat kat dia nih. kosser sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehe i mean i kekadang laa nak tergelak dengan senario ini - ada tak hal lain yang perluan priority yang perlu diselesaikan - yg kritikal daripada dok keliting isu hamba Allah ni dapat anugerah yg kita pun tahu ...
i mean ? ini pun nak hype melebih lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Lawak lah sgt ayah kulup ni |
|
|
|
|
|
|
|
betoi juga dah ada orang nak bagi
tadah j lah
gelaran yang raja sulu bagi pun ada orang malaysia kaut |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni masih dok dlm realiti kehidupan ke tak
yg kasi anugerah pun sultan melaka yg katun tu , x kan la nak take so serious the pangkat katun yg di bagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima anugerah salah
Terima "derma" salah tak?
Hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
"Salahkah saya ambil? Kalau salah, bagilah yang tak salah. Yang betul mana?" << cuba ayah try pi mintak kat Sultan Pahang |
|
|
|
|
|
|
|
bluehedgehog: apasal dia x join umno jadi menteri seperti maslan?
maslan takut ada yang pandai sikit dari dia. so maslan tak kasi |
|
|
|
|
|
|
| |
|