View: 8956|Reply: 80
|
[Tempatan]
Viral: Ibu nafi anak kongsi pakaian sekolah
[Copy link]
|
|
BUKIT MERTAJAM - Seorang ibu tunggal menafikan anak lelakinya lambat mendaftar di tingkatan satu di sebuah sekolah di Permatang Rawa di sini, kerana terpaksa berkongsi pakaian sekolah dengan abangnya seperti yang tersebar di laman sosial termasuk Facebook hari ini.
Fadilah Hashim, 45, berkata walaupun mereka sekeluarga susah, beliau masih mampu menyediakan pakaian sekolah untuk tiga anaknya termasuk dua anak lelaki yang belajar di sekolah yang sama.
"Saya terkejut apabila didatangi pelbagai pihak termasuk Zakat Pulau Pinang (ZPP) selepas gambar anak saya menjadi viral hari ini...memang betul kami susah tetapi setiap bulan saya terima bantuan dari ZPP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Mereka datang bertanya sama ada saya memang tidak mampu menyediakan pakaian dan tiada duit untuk anak-anak bersekolah dan saya menafikannya kerana telah menyiapkan kelengkapan sekolah mereka...cuma anak bongsu yang tingkatan satu itu lambat mendaftar kerana baru tahu dia bersekolah di situ," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Permatang Rawa hari ini.
Gambar mengenai seorang pelajar tingkatan satu yang baru mendaftar persekolahan hari ini kerana dikatakan terpaksa meminjam pakaian abangnya yang menuntut di tingkatan empat sekolah yang sama, menjadi viral hari ini.
Remaja itu dikatakan dari keluarga susah selepas ibu bapanya bercerai dan ibunya tidak bekerja.
Fadilah berkata beliau yang mengambil upah mengopek ikan bilis dengan pendapatan RM8.50 sehari, sedih dengan cerita yang menjadi viral itu dan berharap mereka yang memuat naik gambar itu dalam laman sosial dapat tampil memberi penjelasan sebenar.
"Setiap bulan saya terima bantuan sebanyak RM400 dari ZPP dan RM300 dari JKM, ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban saya untuk menampung perbelanjaan tiga anak berusia 13 hingga 16 tahun," katanya.
Beliau yang bercerai dengan suami sejak lima tahun lepas, tinggal di rumah yang dibina menerusi Projek Perumahan Rakyat di Mukim 7 Permatang Rawa.
Sementara itu, Penolong Pengurus Besar ZPP Mohd Khairi Ghazali berkata pihaknya segera ke rumah keluarga berkenaan selepas mendapat maklumat menerusi laman sosial seperti yang diviralkan untuk melihat sendiri keadaan mereka.
"Kami juga terkejut kerana memang sebelum ini keluarga ibu tunggal itu menerima bantuan ZPP sejak 2012," katanya. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-1-2016 12:29 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
skrg berlumba2 nak viral kisah sedeh |
|
|
|
|
|
|
|
Sape yg menipu nih?
Budak tu, cikgu tu or just netizen punya fantasy?
Harap penipu itu dikenakan tindakan sewajarnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Henset ibunya ittew kalah lg henset aku .... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MeghanK at 7-1-2016 01:00 AM
skang ni jadi pape pon amek gamba viral kan dulu .betul ke tak betul ke belakang cerita..nasib baik acik ni jujur |
|
|
|
|
|
|
|
zaman fb, segala mala nak dikongsikan tanpa usul peksa.. |
|
|
|
|
|
|
|
My question is, brp lama sesebuah keluarga itu akan mendapat bantuan dari zakat & jkm / akan dikeluarkan dari golongan asnaf. Mcm keluarga ni dapat bantuan RM700 sebulan from zakat & jkm for the past 3 yrs. So dlm masa 3 tahun, takde ker usaha dilakukan oleh pihak yg memberi bantuan, or pihak keluarga ini sendiri utk keluarkan diri dari kepompong kemiskinan?
Nampak mcm maknya sihat walafiat. Anak2 pun dah remaja, yg sulung dah kerja. Tinggal 2 org masih sekolah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sana sini gigih nak viral kan. Sahih ke tak, itu belakang cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
PPZ dah brainwash kut, dan suh ckp c ni. |
|
|
|
|
|
|
|
juliez replied at 7-1-2016 01:07 AM
Kemas rumah akak ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
baguih ar ibu ni .. tak macam si ibu menipu yang dok sect 8 shah alam dan kat sentul tue ... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam biasa, lepas bercerai, ex-husband tak bagi nafkah anak2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kakak syak anak tu yg menipu |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah. Siakapbabi yg duk sebar berita palsu
@axl_bach
|
|
|
|
|
|
|
|
cerita share baju abg ni kan pernah ada dulu2 mcm kisah tauladan gitu.. motif cilok idea share baju sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
Tu pasal, jgn cepat je jari tu nak share apa2 kat media sosial ni
Kalau aku, benda viral2 ni takat baca & mati kat situ sj la |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu apa-apa benda pun kena siasat dulu. Bukan main viral lepas tu salahkan orang saja kerjanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|