View: 2323|Reply: 9
|
Teksi Singapura Ada Pasang GPS Pun Tak Tahu Jalan?
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://assets-a2.kompasiana.com/
Ketika menaiki teksi, ramai yang risau pemandu pura-pura berpusing jauh mencari jalan untuk memperolehi tambang yang berlebihan.
Sebenarnya ramai juga takut bertemu pemandu yang tidak tahu jalan, membawa penumpang berpusing-pusing di sana-sini mencari jalan, malah ada pula akan tanya kita balik: " Encik, awak tahu tak macam mana nak pergi?"
Dalam pada itu, ada juga yang sebenarnya langsung tidak tahu jalan tapi masih berlagak macam yakin, tapi hasilnya sia-sia saja berpusing di sana sini, tambang teksi turut bertambah tanpa diketahui.
Namun demikian, jika bernasib baik, akan terjumpa sesetengah pemandu teksi yang akan siap memasang sistem penentu kedudukan global (GPS).
Akan tetapi, pernah tak anda berjumpa pemandu teksi yang sebegitu rupa?
Merujuk pada gambar di atas, sekilas pandang, atas dash board keretanya kelihatan penuh dengan pelbagai jenis skrin kecil dan besar, telefon bimbit dan kemudahan alat GPS.
Ini merupakan gambar yang dimuatnaik oleh seorang netizen dari Singapura yang bernama Gordan Giam pada Facebooknya.
Ketika itu, dia sedang dalam perjalanan ke Pantai Timur Singapura, mana tahu apabila masuk ke dalam teksi terkejut melihat pada meter board teksi itu terdapat 11 skrin elektronik, ianya sememang tidak dapat dipercayai.
Sehubungan itu, ada netizen bergurau, tempat duduk pemandu teksi terbabit menyerupai 'cockpit' pesawat; ada juga mengatakan, berkemungkinan besar sebahagain kemudahan GPS dimiliki oleh pemandu teksi yang lain.
Biarpun, pemandu tersebut mempunyai 3 buah kemudahan GPS, termasuk pelbagai jenis telefon bimbit yang digunakan untuk semak laluan, namun demikian yang melucukan, pemandu tersebut akhirnya tetap tidak tahu macam mana menuju ke destinasi yang ingin ditujukan serta sebanyak 3 kali menanya Gordan Giam, barulah berjaya tiba di destinasi yang ingin ditujukan. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha...letak bayak2 last2 xtahu jgk kene pusing2,, |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura sebuah pulau kecil saja pun tak tahu jalan, bodoh betul pemandu teksi itu.... kalau dia jadi pemandu teksi kat Malaysia mampus dibawa dia berpusing tiga hari dua malam , pun tak pasti boleh sampai destinasi yang kita ingin ditujui... huhu |
|
|
|
|
|
|
|
laaa xkn xtau
GPS = Galak Pemandu Sesat |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pun ade,kelakar pun ade.. |
|
|
|
|
|
|
|
So far sepanjang ke Spore tak pernah alami pemandu teksi tak tahu jalan selalu semuanya tahu je arahnya siap guna short cut lagi. Pernah le sekali alami pemandu teksi yg tak tahu arah ni tapi di Seoul Korea gigih dia guna segala GPS yg fix ke teksi campur dengan gps di handphonenya sekali sebjik macam dlm gambar kat atas tu. Tapi masih tak jumpa dan untung dia juga tak putar2 memandu sana sini tapi stop setempat kalau tak mau tinggi farenya. Nasib my eagle eye cepat detact bangunan yg Art nak gi. Gigih tunjuk arah kat dia pulak lepas tu hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
xkan xtau jalan...saja2 nak cas lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by system_failure at 13-1-2016 08:49 PM
Tak pelik.. Aku pun pernah mangsa gps.
Terutama ketika lalu di flyover yg juga ada jln lain kat bwhnya...
Gps tak dpt kenalpasti ko sedang berada atas flyover atau jln yg kat bwh tu....
Tetiba je dia kata aku jln yg kat bwh dan marah aku..
Tp bila aku memang straight fwd jer tetiba pulak dia cakap, sori tuan darth vader.. Patik konfius jap tadi..
Terus aku pancung c3po tu guna lightsaber aku... |
|
|
|
|
|
|
|
jalan jauh sikit baru ada duit minum kopi |
|
|
|
|
|
|
| |
|