Penyanyi, Jennifer Lopez dilaporkan menggunakan serbuk berlian yang dijadikan skrab bagi menghilang selulit di seluruh badannya.
Jennifer Lopez
Menurut laman web mirror.co.uk, penyanyi On The Floor itu dilaporkan memperuntukkan sejumlah wang sebanyak 250 dolar Australia (RM766) untuk membeli ‘kosmetik tambahan’ tersebut, semata-mata mahu terus kelihatan anggun dan bergaya.
Satu sumber terdekat dengan penyanyi berusia 46 tahun itu berkata, Lopez mengalami masalah selulit di bahagian kakinya, menyebabkan dia tidak kisah mengeluarkan wang sebanyak itu untuk membeli serbuk berlian itu.
Hujung minggu ini, Lopez dijadual mengadakan persembahan bergandingan dengan penyanyi, Iggy Azalea pada majlis Anugerah Muzik Amerika dan dia dikatakan menggunakan sejenis semburan bagi memastikan kakinya kelihatan cantik.
“Lopez memberitahu bahawa penggunaan krim sahaja tidak mampu menjadikan kakinya kelihatan lembut dan cantik, namun penggunaan semburan mampu mengekalkan kelembutan di bahagian kakinya dalam masa yang panjang,” kata sumber tersebut.
Awal tahun ini, pelatih peribadi Lopez, Tracy Anderson mendedahkan bahawa penyanyi jelita itu mengekalkan kecantikan badannya dengan mengamalkan diet pemakanan yang betul, selain mengamalkan senaman selama 90 minit setiap hari.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.sLxztzHl.dpuf
|