CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3213|Reply: 13

Nak Ketawa, Nak Kejar Atau Nak Buat Apa Jika Terjumpa 'Kembar' Kereta Sendiri?

[Copy link]
Post time 20-1-2016 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-IIN at 20-1-2016 03:11 PM

Oleh Izzah Abbasy


Patutlah saman yang diterima selama ini menjadi tanda tanya. Menurut Steeven Sinniah, dia pernah menerima saman di sekitar Kuala Muda, Kedah termasuk saman dari Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Padahalnya, dia tidak pernah melalui jalan di Kuala Muda.



Kehairanan itu berakhir apabila dia menemui kereta dan nombor pendaftaran yang sama atau erti kata lain 'sebiji' dengan MPV miliknya.

Menurut mangsa yang juga pemilik kereta original, Steeven, pemilik kenderaan klon itu terserempak dengannya ketika di Jalan Jelatek pada Isnin lalu tetapi hanya mentertawakannya.

“Pemandunya hanya memandang saya dan ketawa sebelum memecut kenderaannya,”

Menceritakan 'pertemuan' dengan 'kembar' keretanya itu, Steven berkata dia mengejar kenderaan terbabit kira-kira 400 meter sebelum menemui semula MPV klon itu di Stesen LRT Datuk Keramat.

Steven juga berkata dia telah membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Damansara sebelum memuat naik gambar itu di Facebook sehingga menjadi 'viral'.


Kalaulah kita, boleh terkejut 'beruk' dibuatnya terjumpa kereta yang sama dengan kereta kita. Sudahlah terpaksa membayar saman-saman yang telah dilakukan oleh kereta klon tersebut, malah mereka pula boleh buat rasa tidak bersalah.

Sebenarnya, siapakah dalang kereta klon ini? Terdahulu, seorang pemuda yang telah mengamuk di pejabat JPJ Pulau Pinang juga terpaksa membayar cukai jalan sedangkan keretanya sudah lama disita. Bermakna, kereta miliknya juga telah diklon oleh pihak yang tidak bertanggungjwab.

Boleh pula mereka yang mengklonkan kereta ini 'berbahagia' di jalan raya. Jika tiada kejadian melibatkan nyawa, boleh dikira selamat. Tetapi, jika malang tidak berbau? Bagaimana dengan anak, isteri dan ahli keluarga yang lain? - CARI Infonet

Kredit : HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi horn la
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 02:57 PM | Show all posts
memang kejar sampai dapat.. call segala abg long kawasan.. tetiba dia jugaklah ketua segala abg long.. mampuiiihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 03:45 PM | Show all posts
kereta klon ni biasa kereta piang

kereta singapore

kereta singapore biasa nya dia orang jual kt broker malaysia

lepas dah dapat jual dan dapat cash

owner singapore buat report kereta hilang

kes singapore tutup

broker malaysia pula akan jual kereta singapore ni

pada harga 10 kali ganda murah

e60 harga rm 12000

harga used car rm 140 000 paling mahal

paling murah rm 70 000

bila nak tukar legal kereta2 ni akan copy no.plate kereta sedia ada atas jalan

atau guna geran kereta total lost

biasa dia orang guna kereta no.plate sabah serawak

tapi ada juga yang gedik guna no. plate semenanjung kan dah kantoi jumpa

kereta ni biasa buruan pihak kastam

so kalau kena denda kastam sila lah bayar

benda ni illegal

nak beli kereta singapore buat spare part boleh

nak beli untuk on the road sendiri tanggung risiko

kalau duit tak seberapa dalam poket tak payah nak berangan beli kereta conti

fikir cmne nak buat duit

dah berkepuk baru lah beli kereta idaman


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 03:46 PM | Show all posts
member kak budak2 sambung bayar kereta dan tukang tarik kereta

siapa ada masalah kereta tak boleh bayar ke apa boleh pm kak

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 04:29 PM | Show all posts
kembar seiras gtuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2016 05:03 PM | Show all posts
tengok je la.. amuk2 kt jpj nnti kna gari plak kan??

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
JPJ ni kan mmg stafnya2 sume celaka lehnat
Tu yg hari tu masuk court..cik kak Jpj tu gelapkan duit cukai jalan rm14000
Pi la cari tred dia kat CI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 09:26 PM | Show all posts
gila arhhhh... kereta aku pernah dapat saman trafik tak pakai helmet.  yahudi sgt perangai......  
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 07:39 AM | Show all posts
wahai kaum2 porem...camno nak tau kete kite tu duplicate@klon mase nak beli..sape ade tips?takut jugak mane tau terbeli yg [email protected] terbang begitu sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 09:38 AM | Show all posts
tsuza replied at 21-1-2016 07:39 AM
wahai kaum2 porem...camno nak tau kete kite tu duplicate@klon mase nak beli..sape ade tips?takut jug ...

yg aku tau murah je la...ada org offer estima 65k kat aku...dr singapore...stok2 ni la...tp x boleh ambik insurans...tu je yg aku tau...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 09:56 AM | Show all posts
tucenmeow replied at 21-1-2016 09:38 AM
yg aku tau murah je la...ada org offer estima 65k kat aku...dr singapore...stok2 ni la...tp x bole ...

mostly kete SG klu bawak sini mmg leceh..xde insuran..xley laa renew roadtax unless ada org dalam..kete murah..pastu geran kete lak camne?kt tempat aku tahun lepas ade jgk kes mcm ni..ford fiesta rasanya..ntah camne owner kete tu boleh lak tau kete dia kene klon pastu cari2 ada sorg makcik beli cash kete tu...haruuu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 11:50 AM | Show all posts
rasuah.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
rugi mmpus klu terbeli krta klon...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.250662 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list