Bila kita memikirkan tentang gif, yang terbayang dalam minda selalunya kata-kata motivasi, lucu atau emosi percintaan kan?
Sebenarnya banyak lagi kelebihan imej berformat gif ini. Sebenarnya anda boleh memilih gif yang sangat istimewa, bukan sahaja cantik, namun meredakan stress.
Ya, jangan terkejut kerana sesetengah jurugambar bijak mengambil momen yang indah pada sesetengah gambar. Seperti gerakan rama-rama, titisan air hujan, air kopi yang berwap dan sebagainya.
Paling menarik, ia bolehlah dijadikan tips untuk meredakan tekanan selepas seharian mengadap komputer dan membuat kerja.
Kongsikan bersama rakan dan ahli keluarga anda. Pasti mereka menyukainya. - CARI Infonet