|
hi... Newbie here ceyh..
Dua tiga hari ni kusyuk dok baca cite2 seram yang forumer share, sampaikan terpanggil nak create akaun dan berkongsi jgk pengalaman Ber-KEM
Ok, nak dijadikan cerita, benda ni jadi masa awal tahun 2009, masa tu saya dapat pegi kem, strategik sikit, dekat kaki gunung... Masa tu dok dalam 10 orang kot dalam satu dorm, ntah lupa dah.. Macam biasa la, first day mula nak cari kawan, then berkenalan la dgn satu girl ni, ok la, kecik je orangnya, kemas, cute2 gitu... Nama dia sya(bukan nama sebenar), katil sebelah saya, katil saya plak yang paling hujung.. sebulan dok situ ok lagi la, bertahan sebab kwn2 yang gila2..sangat best ngn dorg nih... spoting gila...
Masuk bulan kedua, ada satu malam tu, yg si sya ni hilang.. Puas cari, warden suruh kitaorg buat aktiviti macam biasa, sbb mlm dah time tu,
tak elok plak nak kuar kelas (masa tu ada kelas kalau tak salah, lupa dah), yang warden plak kelam kabut la pi cari, dalam dorm, kantin, dekat
tempat kawad, bukan apa, risau kot2 lari ke gunung plak... Okay, yang tu sampai situ la sbb kami semua dok dalam kelas, tak tau apa yang jadi kat luar..
Lepas je habis kelas mlm tu, kami pun keluar la sbb time supper plak sebelum tidur... Kami yang satu dorm ni dok satu meja, kawan rapat dah la katakan, (yang sya ni dia tak banyak cakap sngt dan kdg2 dia dok jauh dari kami suma, lagipun dia asyik dok ngn kwn dia dari dorm sebelah), tengah dok makan tu, tiba-tiba nampak warden dok papah si sya ni, turun dari tangga belakang kantin, tangga tu menuju ke gunung la, sebelum sampai gunung, ada kawasan lapang tempat kitorang beriadah... Nak dijadikan cerita, semua orang yang kat dewan makan diam, sediam-diamnya bila si sya ni dok tengok dengan mata terbeliak , saya ni mmg dok cuak la sebab sya ni sebelah katil je... jarak pun tak sampai sedepa gitu... dok pk macam mana nak tdo mlm ni... bukannya jenis yang berani..
Kami pun teruskan la makan, tak habis pun.. terus hilang selera makan bila kena tenung mcm tu kan... Tapi nasib baik la warden bawak sya ni tdo dengan dorg... kami pun balik la dorm, tapi bukan tdo pun, dok gosip2 tengah laman..
"Itu sya hantu masuk ke?" tanya yang chinese, alahai dia mention plak malam2 nih...
Ada yang sorg ni, nama dia siti, kental gla, siap cakap "Korg tdo, aku jaga korng..." mak aih gila baik hati dia nih.. Nasib takdak apa2 jadi, tp perasaan tu mcm2 la, dok rasa nampak something tapi buat tak tahu je la, dugaan perasaan katanye...
takdak sapa berani nak tdo, termasuk la kwn2 chinese dan india kami... seram sejuk dibuatnya.. tapi last2 tdo jgk..
Keesokannya, kami pun buat la aktiviti macam biasa, aerobik pagi buta, tapi tak nampak pun sya nih.. Apa la yang jadi kat dia... dia tak join sampai la ke petang.. lepas kawad ke hape dah, jumpa ngn sorg warden ni (akak ni mmg baik ngn ktorg pun, spoting hbs la, muda lagi tapi mata dia sembap sikit, tak cukup tido katanya) dia dok bsandar kat tiang letrik tepi padang kawad, sama2 rest la kan.. Yg siti ni tanya la, "Kak, Sya macam mana? Kak jumpa sya kat mana? Kami nak jumpa boleh?"
Mak aih, berani nye dia nih...Saya pun buat2 berani la, menyampuk "Tgk pun jadi la kak.."
Kak Mariam (bukan nama sebenar) pun bercerita lah... Dia ckp diorang jumpa Sya kat padang, berdiri sambil menghadap gunung...Seriau rasa...Time tu ada 4 org je, dok keliling kak mariam nih...
"Semalam akak takleh nak tdoq, kawan hangpa la, dok meracau..."
Ceritanya, semalam si sya ni dok meracau, dok kat sudut bilik, tapi dia tak harm sape2 la, dok pandang sekeliling bilik.. Yang warden sorg lg, Kak Ning , dia macam tomboy sikt, so kuat la kan.. Time Kak Mariam tdo kejap, kak ning ni la yg jaga.. Jaga si sya ni, time tu takdak ustaz sbb kem kami pun jauh ke pedalaman, malam plak tu, takdak orang nak p panggil ustaz kampung, so bia la sya dlm keadaan mcm tu, janji dia tak terlepas keluar..
sepanjang malam sya tak tdo, ade sampai waktu tu, sya buang sume pakaian kat badan dia, mcm org kepanasan, bogel habislah.. kak ning ni bia je la, kot layan jadi mcm lagi teruk.. So, ttp lampu, konon nak tdo la.. Tapi Sya ni, mane tah dia dpt henpon (fon kak ning), dok tekan2 keypad mcm nak call someone (tapi sebab ade lock, so tak jadi jgk la kn), pastu nak dijadikan cerita lagi, si sya ni boleh plak pegang henpon tu, pastu dok kat corner bilik, sembang2 dengan sape ntah(konpem sorg2), bahasa pun pelik..
Kak Mariam ni ckp la, si Kak Ning ni terlelap smlm tapi tsedar tiba2 dalam pukul 3 pg, sbb sya dok suluh muka dia dgn fon...SERIOUSLY kitorng yang dengar ni dah meremang bulu roma la kan.. kental gle pmpuan2 nih
Yang tu habis situ je la sbb kena masuk kawad balik , bnyk lagi yang kami tak tahu...
Malam tu giliran kami kena buat roundcheck, mmg seram habis la, nak pusing satu dorm ke satu dorm, yang siti jiwa kental nih boleh plak tiba2, 'eh ko dgr tak apa yg aku dgr?" ktorg ni senyap je, nk menjawab pun tak berani.. "Ko dengar tak?" eh dia tanya lagi..msg2 membisu, ktorg dengar org mendengus slow je, sayup... sampai habis roundcheck, kitorg balik dorm, msg2 bungkus ngn slimut, tak berani nk bersembang...then ttido..
Lepas tuh esoknya, ada sportcheck kat semua dorm, sya pun ada sekali time tu, dia okay ja time tu, habis semua loker kena geledah,
kata warden "Ada benda kotor yang pelatih bawak.." benda yang kami dok pk, pad perempuan (yg tak basuh) je la sbb yg kena dorm perempuan je... Takut la jgk kn takut ade yg nak pedajal letak benda kotor tuh dalam loker saya kn tapi nasib baik tak dak..
Hari-hari lepas tu(dlm 2 hari je), sya okay, tapi siang je, mlm dia jadi balik.. sampai tak leh nak kawal langsung, tak tau la yg depa nih bawak p jumpa dgn ustaz or tak, sbb tak dak pape perubahan pun....
Esoknye, parents sya dtg jemput, kiranya dia balik awal la.. tak habiskan kem ni.. kami dok tgk dari jauh, mmg nampak tak terurus la keadaan dia, nampak mcm tak okay lagi la... sampai situ je la kisah sya nih.. tu la last kami tgk dia.. kesian jgk tgk dia tapi nak wat mcm mana... Kawasan gunung mmg keras sikit tapi tu la, persoalannya apa yang dia buat kat gunung tu..
rumors pun banyak la after tu
1) kena sampuk org bunian gunung
2) ada yang dok cakap si sya ni amalkan ilmu ayah pin, tak tau la sejauh mana kebenarannye..
Pening skit jalan citenya... tapi tu la yg masih ingt...
Lepas kitorg balik, habis kem, saya ada jgk tanya khabar dgn sya nih, message je pun dgn mak dia(muda lagi), khabarnya, family dorg ada bwk p jumpa ustaz, katanya kena sampuk... tapi tak tahu la ape salahnya sampai berubat pun tak menjadi, dan keadaan masih mcm tu.. masih sama.. kesian... ape la agaknya yg jadi sebelum org jumpa dia masa tuh
HA tu je... im newbie so faham2 la ye..ampun...
|
|