Indonesia memang terkenal sebagai sebuah negara yang memiliki jumlah pulau terbanyak di dunia, iaitu sebanyak lebih daripada 17 ribu pulau!
Raja Ampat merupakan salah satu pulau eksotik yang masih terpelihara flora dan faunanya dari tangan manusia.
Nama Raja Ampat itu berasal dari cerita rakyat yang menceritakan tentang wanita yang menemui 7 butir telur. Daripada 7 itu, 4 daripadanya menetas sebagai pahlawan.
Bukan sahaja hidupan pada muka buminya yang sangat indah, malah flora fauna di bawah laut begitu mengasyikkan. Ia pastinya menjadi lokasi yang harus dijejaki oelh para penyelam tegar.
Pulau ini sebenarnya terletak di provinsi Papua, Indonesia dan tidaklah terlalu sukar jika ingin datang ke sini. Perjalanan domestik dari Jakarta ke Sorong memakan masa 6 jam. Dari situ, anda masih perlu menaiki kapal untuk ke lokasi pulau eksotik ini. - CARI Infonet
haah sy mmg dah reiki routing dan rege nak ke area sini - kena tukar kapalterbang, naik land transfer, naik ferry transfer baruuu lahh sampai... costing mmg mahal..