View: 7304|Reply: 49
|
Tahukah Anda : 18 Maut Nahas Jalan Raya Setiap Hari Di Malaysia
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Statistik kemalangan jalanraya di Malaysia masih ditahap membimbangkan. Pelbagai kempen keselamatan dan pemantauan oleh pihak polis dijalankan, namun akibat kecuaian sesetengah pemandu menjadi penyebab utama meningkatnya kemalangan jalan raya.
Lebih menyedihkan lagi, akibat kecuaian sesetengah individu, orang yang tidak bersalah juga turut menjadi mangsa kemalangan maut.
Memetik dari laporan bharian, seramai 18 orang dilaporkan maut setiap hari dalam kemalangan jalan raya tahun lalu dan jumlah itu amat menggerunkan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, bilangan kes kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu juga meningkat 2.74 peratus kepada 489,606 kes daripada 476,196 kes pada tahun 2014.
"Jumlah kemalangan termasuk bilangan 6,706 orang yang terkorban dalam kemalangan maut pada 2015 berbanding 6,674 kes sama pada 2014," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2016 di Plaza Tol Sungai Besi arah selatan di sini, hari ini.
Liow turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah kemalangan motosikal di jalan raya apabila sebanyak 4,203 kes dilaporkan antara Januari hingga September tahun lepas, berbanding 4,179 kes untuk tempoh sama pada 2014.
"Sejak 10 tahun lalu, kategori pengguna tertinggi yang terlibat dalam kematian di jalan raya adalah pengguna motosikal iaitu sebanyak 39,774 kes," katanya.
Pada pendapat anda, apakah punca utama terjadinya kemalangan? Adakah hukuman untuk pesalah yang melakukan kesalahan jalan raya masih tidak cukup berkesan?
Apapun, semua pihak harus peka dan bekerjasama dalam menurunkan kadar kemalangan. Kepada pengguna jalan raya khususnya penunggang motorsikal, berhati-hatilah dijalan raya. Pandu cermat, jika selamat. Anda mampu mengubahnya. - CARI Infonet.
*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
lama dah tahu... yang beranak setiap hari pula ada kira? |
|
|
|
|
|
|
|
pssstttt @shahjusoh nah peluang chuols bukak 18 tred sehari
bagus utk iols kutip tacang jugak. win-win gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Cuai ataupun sengaja cari penyakit?
Masalah dengan pemandu msia ni...pemandu lain yang mesti menjaga keselamatan pemandu yang berpenyakit ni. Ramai yang arrogant selfish showingoff. melka tak ada rasamalu bila melakukan kesalahan jalan raya seperti potong q di traffiglight. |
|
|
|
|
|
|
|
kadar eksiden malaysia no 2 slps thailand dalam asia
* dikatakan hantu puaka di lpt2 meningkatkan statistik |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan kawan kata bila bercuti ke mesia, nasib baik tak kena langgar..hi hi |
|
|
|
|
|
|
|
Your friends cannot be any better of than other road users, can they?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pandu myvi alza axia aku perati je korg..bawak mcm pelesit..kepala hotak korg bejambul..igt jalan tu bpk korg punya ka..:: |
|
|
|
|
|
|
|
even my Professor!
''i was in Kola Lempur last week.. i almost got killed 3 times'' he muttered in his posh accent (on the road he meant!) hilarious
|
|
|
|
|
|
|
|
Lucky him...to get away unscatched......but when he got almost 10 people hit...did he brag?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nih mesti tengah tunggu waktu subuh kheeennn? Atau hari nih bendera jepun? Sebab...kepala otak berjambol seme kuar?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bawak macam pelesit orang lain ko nampak....Tapi bila ko road hog on the extreme right lane.....macam siput babs...replying posting aku ..ber gincu segala.......ada ko endah?
|
|
|
|
|
|
|
|
in the 80 n 90s dulu kalau kita buat benda cam
-langgar lampu isyarat
-potong q
-bawak melulu cara bahaya
-potong garisan kembar style potong traffic light di belah lain jimat masa-moto kereta sama saja la ni
-cermin tinted gelap gelita
-merempit ramai or sorang
-tak guna signal nak change lanes or masuk simpang etc
kalau ada polis tarffic sure dikejar saman on d spot..la ni polis tengok saja..langgar lampu moto polis ada situ pun buat derk aje...ape hal..gaji totap jalan...kupeks kata staff gomen makin ramai makin ummpphhfff |
|
|
|
|
|
|
|
VVIPS semakin ramai bilangannya...sedangkan pengambilan tenaga kerja say traffik polis, non aggresive........budget constraint...hence you get more traffic police doing escort tasks than monitoring/ maintaining law and order on the public roads and highways....
Sekian.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah memang tahu dah so tak payah gigih nak buka tered okeyyy |
|
|
|
|
|
|
|
x cukup tu alasan saje..kalau dah langgar lampu cross double line potong q depan mata pun buat derk aje..adakah anggota tu kata..yang langgar lampu tu sorang..aku sorang..nanti aku kena ada backup or "escort" untuk aku baru boleh pergi saman mamat tu..
yeah..mentality village jadi gomen...gaji totap jalan..why bother
|
|
|
|
|
|
|
| |
|