View: 4129|Reply: 24
|
[Dunia]
Bandar sambut kelahiran bayi selepas 28 tahun
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 30-1-2016 05:46 AM
Bandar sambut kelahiran bayi selepas 28 tahun
http://www.sinarharian.com.my/global/bandar-sambut-kelahiran-bayi-selepas-28-tahun-1.479586
30 JANUARI 2016
Bandar Ostana
OSTANA - ITALI . Sebuah bandar kecil yang terletak di pergunungan Wilayah Piedmont menyambut kelahiran seorang bayi baru selepas kali terakhir pada sekitar tahun 1980an.
Bayi Pablo menjadi penduduk paling muda di Ostana yang menjadikannya penduduk yang ke-85, lapor The Local.
Datuk Bandar Ostana, Giacomo Lombardo memberitahu The Local, ia adalah sesuatu yang mengembirakan selepas seorang bayi lahir di sini dan menunjukkan usaha kami untuk menambah populasi penduduk berhasil.
Giacomo berkata, 100 tahun lalu penduduk di situ berjumlah 1,000 penduduk dan populasi semakin menurun ke 700 selepas perang sekali gus menurun secara mendadak.
Untuk memastikan populasi semakin meningkat, Datuk Bandar telah menjalankan beberapa usaha untuk meningkatkan ekonomi bandar bagi menarik golongan muda.
Hari ini, bandar ini mempunyai dua restoran, sebuah kedai dan bar.
Kelahiran baru ini akan disambut dalam satu keraian pada Ahad.
Sementara itu, ibu bapa bayi itu, Jose Berdugo Vallelago dan Silvia Rovere, pelarian dari Sepanyol sebelum ini ingin berpindah ke Perancis namun menukar fikiran selepas majlis perbandaran Ostana menawarkan pekerjaan di bandar itu.
"Kami tidak pernah menyesal dengan keputusan yang diambil, bandar itu terasa seperti di negara sendiri," kata Jose Berdugo
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dorang tak reti menjaga bayi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nk apply jgkla duksini |
|
|
|
|
|
|
|
Jom pindah ke ng yg semakin mundur ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sikitnya orang, macam duduk sekampung dengan company je. |
|
|
|
|
|
|
|
oh anak pelarian..
bestnya bandar kecik sikit org je...
boleh pindah ke sana x? |
|
|
|
|
|
|
|
nk apply jd rakyat bandar ni boleh tak? |
|
|
|
|
|
|
|
plasterhati replied at 30-1-2016 02:54 PM
nk apply jd rakyat bandar ni boleh tak?
Boleh.....
Pastu jual pinggan mangkuk Giacomo kat datuk bandar tu...mesti terlajak laris.....
|
|
|
|
|
|
|
|
kawasan gunung memang selalu sedikit orang pun |
|
|
|
|
|
|
|
gambar bandar nie
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau orang yang nak ketenangan
tempat macam ni sesuai lah nak rest
tapi kalau yang jenis suka buat banyak benda
duduk 1 hari pun dah bosan |
|
|
|
|
|
|
|
tapi apasal gambar yang TT tepek tu macam ostana dah jadi tempat pelupusan sampah jah? yang mana satu betul ni? lawa ke buruk? |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya.. damai je nampak... |
|
|
|
|
|
|
|
pergi bercuti 3 hari bolehlah
lepas tu jommmmmmmmmmmmmm balik !
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk bercuti kakak sanggup...jika mahu menetap...kirim salam lah...bukan kakak ga pernah punyai pengalaman menjelajah kawasan pergunungan sebegini sis...hazabnya kemudahan mereka semacam kembali zaman 60 an...belum lagi sis sakit bontot...sakit pinggang untuk sampai ke kawasan2 terpencil segini...jalan berberbatu batan...selepas itu kena hadap pula sikap penduduk yg dingin..kasar...masam..jakun...insecure....etc...choiii!!...lainla kalau bercuti ke kawasan yg memang dikhaskan untuk pelancong...tidak lah hazab sgt sikap ummah setempat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|