Oleh Izzah Abbasy
Si peminat tegar makanan laut seperti steamboat harus cuba makan di Capsicum Steamboat & Grill.
Menjadi viral setelah mendapat sambutan yang tinggi dan juga ramai yang telah memuatnaik gambar dan komen yang begitu baik.
Pening juga nak buat pilihan makan bila tempat makan banyak sangat diviralkan sejak munculnya usahawan hipster ini. Yang penting, sedap dan memenuhi konsep pelanggan. Barulah maklum balas setiap yang mencuba positif selalu. Pelanggan pun tak lari. Betul tak?
Disebabkan mendapat pilihan yang tinggi, sebelum anda ingin ke sini pastikan membuat tempahan terlebih dahulu. Katanya, sentiasa 'full house'.
Harga setiap seorang seperti berikut ;
Dewasa: RM20.00
Kanak-kanak (7-12 tahun)/ OKU/ Warga Emas: RM11.00
Kanak-kanak (6 tahun ke bawah): Percuma
Di mana Capsicum Steamboat & Grill ini? Hanya berada di area Shah Alam. Beralamat Lot 2792, Jalan Klinik, Kg. Bukit Naga. Sesiapa yang makan di sini bolehlah kongsi pengalaman anda. Nampak segar sahaja semua makanan yang disediakan. Penulis pun nak tahu juga sedap atau tidak. Sebab tidak berkesempatan nak pergi. Ada sesiapa nak belanja tak? - CARI Infonet
Kredit : Rizal Hakim FB
|