CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6170|Reply: 41

[Dunia] Wanita Habiskan Cuti Bersalin Jelajah 9 Negara Termasuk Malaysia

[Copy link]
Post time 10-2-2016 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Wanita Habiskan Cuti Bersalin Jelajah 9 Negara Termasuk Malaysia

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/02/10/wanita-habiskan-cuti-bersalin-jelajah-9-negara/

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 2:52 PM


Karen Edwards bersama anknya, Esme. PHOTO: @TRAVELMADMUM/INSTAGRAM.

SINGAPURA: Kebanyakan ibu yang baharu melahirkan anak akan hanya berbaring di rumah bagi menghabiskan cuti bersalin mereka.

Namun Karen Edwards bukan ibu tipikal yang menghabiskan masanya di rumah dalam tempoh berkenaan.

Selepas bayi perempuan mereka, Esme dilahirkan pada akhir tahun 2014, Edwards dan pasangannya Shaun Bayes yang gemar mengembara secara backpackers mengambil keputusan menjual kereta dan menyewakan rumah mereka di London.

Dengan membawa Esme yang hampir berusia 10 minggu pada ketika itu di belakangnya, mereka akhirnya nekad memenuhi keinginan untuk mengembara bagi meneroka dunia.

"Saya dan Shaun minat backpackers sejak sebelum saya hamil. Ramai orang tidak percaya apabila kami merancang untuk membawa Esme bersama selepas dia dilahirkan," kata Edwards yang bekerja sebagai jururawat kepada sebuah portal berita.

Pasangan itu membawa satu beg galas serta Esme bersama-sama mereka bagi melawat Ireland, Australia, Indonesia, Hong Kong, Malaysia, New Zealand, Taiwan dan Vietnam.

Perjalanan epik mereka termasuk persinggahan singkat di Singapura, di mana satu gambar yang dimuat naik Edwards di akaun Instagram menunjukkan Bayes dan Esme sedang mandi di Marina Bay.

Mengakui kadang kala berhadapan waktu sukar termasuk terpaksa bergilir-gilir melakukan aktiviti seperti snorkeling dan menyusukan Esme di mana sahaja, namun bagi Edwards itu adalah pengalaman yang tidak ternilai.

"Esme mempunyai begitu banyak pengalaman baharu. Dia sangat pandai bergaul. Dia benar-benar suka berada di luar.

"Nmaun kadang-kadang saya berasa sedih bagi Esme kerana dia tidak mempunyai kawan untuk bermain," kata Edwards.

Antara beberapa gambar menarik yang dimuat naik ialah selfie keluarga di Langkawi, bandar purba Hoi An di Vietnam dan di Ubud, Bali.

Selain itu Edwards juga telah memulakan blog mengenai pengembaraannya bagi memberi inspirasi kepada ibu bapa lain bahawa mempunyai bayi tidak membataskan minat untuk melancong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 03:46 PM | Show all posts
bagus la dek daripada dok makan ikan kering macam ciki2 sunni bila berpantang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:56 PM | Show all posts
Changa replied at 10-2-2016 07:46 AM
bagus la dek daripada dok makan ikan kering macam ciki2 sunni bila berpantang.

kaka, jangan lupa aktiviti wajib cikki sunni, iaitu bertangas, bertungku, berurut, makan jamu, letak pupur, tabur belerang, cucuk mengkuang atas siling halau penanggal, dan lain-lain.. persis cikki boleh menguncup ketat semula katanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ummah meleies yang buat ni harus kena  hencap 7  keturunan
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pi langkawi mcm xde ape2 je, tp ummah salleh suke sgt langkawi katenye better than phuket
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah nasib anak dia x sakit.terdedah ngan pelvagai kuman dr pelbagai negara..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2016 04:01 PM | Show all posts
berani dia take risk bawak baby 10 minggu jalan2 ke negara2 lain.. kan baby time tu prone tu macam2 jenis virus/bakteria.. syukurla baby sihat. cane plak dia vaccine anak dia? and buat follow up check up ngan paed?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cuti bersalin dia brp lama? kalo 6 bulan logik la blh g sana sini.
dia bawak ank berjln masa umur 10 minggu kira dah abis pantang dah dia tp baby dia kecik lg baru 2 bln lebih.

kalau iols risau ngan jangkitan kuman bagai dr serata negara tu lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 04:30 PM | Show all posts
kalau x jd pape mmg x kena hencap ngn ummah.

kalau jd pape kat dia n anak, maka pakat ramai2 hencap sehabis daya.

so, terpulang kpd masing2 nak bpantang or x nk. x perlu sesuka hati kate org bgtu bgini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 04:34 PM | Show all posts
you go momma ....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 04:44 PM | Show all posts
caya la. lepas meh la pakat buat pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 04:46 PM | Show all posts
xde istilah kembang ke , longgar ke


ko bedal segala...

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 04:47 PM | Show all posts
mizkajura replied at 10-2-2016 04:44 PM
caya la. lepas meh la pakat buat pulak...

dengan cuti 60 hari akak tu kak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 05:02 PM | Show all posts
Omputih mana ada berpantang janji dah sehat terus boleh jalan2.  Umah urban pun ramai dah sebegini baby masih merah elok je bawak bersoping.  What is pantang kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat time buat passport anak meols dulu, umur baby 2 weeks meols dah bawak naik MRT lepas tu kena marah dgn satu ah so sebab baby kecik lagi. Baby less than 40 hari meols naik bas dari spore balik ke phg. Sampai kg, meols kena marah lagi dgn nenek Meols. Tapi satu yg meols notice baby meols jadi kuat Antibodi nya. Now she's 13 healthy n beautiful. Say yes to traveling with baby!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 06:00 PM | Show all posts
chinta89 replied at 10-2-2016 04:30 PM
kalau x jd pape mmg x kena hencap ngn ummah.

kalau jd pape kat dia n anak, maka pakat ramai2 henc ...

Chinta phm ngat perangai forummer sinii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 06:00 PM | Show all posts
ilacantik replied at 10-2-2016 05:07 PM
Teringat time buat passport anak meols dulu, umur baby 2 weeks meols dah bawak naik MRT lepas tu ken ...

Cntik ea? de boyfren?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek makcik cakap orang kapir ni tak perlu berpantang sebab mereka minum wine untuk panaskan badan sebab tu ler boleh berjimbaraya sejurus melahirkan baby persis kucing kucing makcik nakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 10-2-2016 06:00 PM
Cntik ea? de boyfren?

So far takde.. Tapi meols dah warning awal2 , kalau gatal nak ader boyfren, meols kasi kawin terus. So meols boleh continue backpacking around the world gitu... Terus anak meols ngeri gitu takut meols travel tak balik2
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 08:37 PM | Show all posts
ilacantik replied at 10-2-2016 07:11 PM
So far takde.. Tapi meols dah warning awal2 , kalau gatal nak ader boyfren, meols kasi kawin terus ...

gitu skali  ugutannn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.051116 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list