CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8738|Reply: 79

[Tempatan] Robert kekal paling kaya, Syed Mokhtar tersingkir

[Copy link]
Post time 13-2-2016 05:41 PM | Show all posts |Read mode

Senarai individu terkaya tahun lepas.

KUALA LUMPUR - Walaupun tertekan dengan suasana perniagaan yang mencabar pada 2015, hartawan-hartawan Malaysia bagaimanapun mampu menjana hasil melalui operasi-operasi luar negara.

Analisis Nanyang Siang Pau mendapati walaupun kekayaan Tan Sri Robert Kuok menyusut RM2.2 bilion pada 2015, tetapi beliau kekal sebagai individu paling kaya dari Malaysia.

Akhbar itu melaporkan kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia mencecah RM225 bilion pada 2015 iaitu meningkat sebanyak 3.5 peratus berbanding RM217 bilion pada tahun sebelumnya.

40 individu paling kaya ini juga dilaporkan mampu membeli satu perempat Malaysia yang mempunyai 30 juta populasi.

Enam individu paling kaya masih kekal berbanding senarai 2014 iaitu:

1. Robert Kuok
2. Tan Sri Ananda Krishnan
3. Tan Sri Lim Kok Thay
4. Tan Sri Dr. Teh Hong Piow
5. Tan Sri Lee Shin Cheng
6. Tan Sri Quek Leng Chan.

Yang menariknya, kekayaan enam hartawan Malaysia ini telah menyusut walaupun mereka berjaya mengekalkan kedudukan di enam tangga teratas.

Di tangga ketujuh hingga ke-10 ialah:

7. Tan Sri Lau Cho Kun
8. Tan Sri Yeoh Tiong Lay
9. Tan Sri G. Gnanalingam
10. Kuan Kam Hon.

Kekayaan Robert dilaporkan mencecah RM35.42 bilion, jauh mengatasi kekayaan Ananda yang mencapai RM22.89 bilion.

Walaupun penyusutan ringgit memberi tamparan, tetapi hartawan yang mempunyai operasi di luar negara turut berjaya mendapat hasil melalui kenaikan nilai dolar Amerika Syarikat.

Ramai hartawan termasuk Robert, Ananda, Leng Chan, Cho Kun dan Tan Sri Vincent Tan mempunyai operasi perniagaan yang pelbagai.

Penyusutan keuntungan dalam satu sektor tidak bermakna mereka akan menerima tamparan daripada sektor yang lain.

Sementara itu, analisis Nanyang Siang Pau mendapati seorang lagi hartawan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah tersingkir sebagai 10 individu paling kaya di Malaysia.

Selepas mengambil alih Proton dan berikutan suasana perniagaan semasa, kekayaan Syed Mokhtar dilaporkan menyusut sebanyak 22.9 peratus kepada RM4.43 bilion pada 2015.

Keadaan itu menyebabkan kedudukan Syed Mokhtar dari segi kekayaan menurun daripada tangga ke-10 kepada ke-11.


http://malaysiagazette.com/ms/akhbar...tar-tersingkir



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2016 05:43 PM | Show all posts
jilake bijan, siapa suruh ko kasi balik rm2.6b tu...
kurang la lagi satu melayu bugis di dlm carta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2016 05:45 PM | Show all posts
@peynoLegend  

Selepas mengambil alih Proton dan berikutan suasana perniagaan semasa, kekayaan Syed Mokhtar dilaporkan menyusut sebanyak 22.9 peratus kepada RM4.43 bilion pada 2015.

Keadaan itu menyebabkan kedudukan Syed Mokhtar dari segi kekayaan menurun daripada tangga ke-10 kepada ke-11.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Takya risau, Syed mokthr dah cukup kaya....semua kerajaan bagi dia take over, mana tak kaya, semua business monopoly, low risk high return
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon buat analisis 10 menteri terkaya plk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
aku gelak jer laaa...bijan  ada 2.6 bilion tunai....yg lain mampo???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2016 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
senang2 jew bijan boleh tapau...yg lain ni semua
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 06:30 PM | Show all posts
cmf_acura replied at 13-2-2016 06:26 PM
aku gelak jer laaa...bijan  ada 2.6 bilion tunai....yg lain mampo???

Senang2 ja dapat derma 2.6 biliun. Tu baru derma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2016 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kimk.. cina tertindas
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tersenarai kena hencap.. tak tersenarai pun kena hencap


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiap kali syed baukari dpt bisness baru, benda tu mesti naik harga cth pos,beras,gula,transportation
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by _______ at 13-2-2016 07:56 PM

Bodohnya pekerja nanyang siang pau. 225 billion ringgit nak guna beli 1000 hektar tanah kosong di kuala lumpur pun tak cukup.Lagi mau kata satu perempat malaysia. Dasar pekerja akhbar pemalas hidup susah semua sampai jadi semakin dungu.

Ada hati plak nak lawan kekayaan tuan melayu dengan senarai syok sendiri. Rakyat malaysia paling kaya adalah Safie Jaffri la.  Pengasas syarikat perladangan jatropna terbesar di dunia. Perusahaan besar bertaraf prsendirian milik Syed Mokhtar seperti Tradewinds Plantation, Puncak Semangat, Tradewinds Malaysia, Sinarmas Harta(dipegang oleh proksi),Tradewinds Corporation, Gula Padang Terap, Northern Gateway bila dikira sekali dengan MMC dan DRBHicom menjadikan beliau orang malaysia kedua paling kaya.

Tokey besar Inai Kiara, City Credit Investment Bank,  Kausar, Corp, Selia Group, Nadicorp, KAF Investment Bank, Mydin, Ramly, NADI, Weststar, Setia Haruman, AMPM, Majucorp dan banyak lagi memastikan majoriti warganegara malaysia terkaya adalah melayu. Belum dikira lagi Daim Zainuddin, Sultan Johor dan rakan rakan minoriti Safie Jaffri dalam Bionas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak one of these 10 richest man in Malaysia ni...bawak kete proton saga jek.. Pergi old town pun x mau..mahal katanya..padanlah boleh kaya raya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 13-2-2016 05:45 PM
@peynoLegend  

Selepas mengambil alih Proton dan berikutan suasana perniagaan semasa, kekayaan Sy ...

kekunun ingat peyno penyokong melayu caprut tu ke??

melayu mmg bodoh tak reti berniaga

melayu tanpa tongkot tanpa subaidi tanpa kuota cam korang mana leh survive
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
_______ replied at 13-2-2016 07:24 PM
Bodohnya pekerja nanyang siang pau. 225 billion ringgit nak guna beli 1000 hektar tanah kosong di ku ...

Dah x cukup nk beli tanah di KL luas lagi tanah lain yg dorg bleh beli..... KL tu 1/4 msia ker???.... tanah2 lain bkn mahal pun,  di Kedah,  Perlis Perak Sarawak Nismilan bagai tu....

Ko xtau ker tu just perumpamaan jer,  nk gambarkan kekayaan dorg....

Sama la dulu artikel luar negara yg aku pernah baca tulis dikatakan 1/6 jumlah kren2 didunia berada di Dubai (or 1/10 aku x baper pasti)..... dah tentu la x sebanyak tu pun,  ntah2 1/1000 pun x sampai tp ayat tu just nk bagi gambaran betapa pembinaan di Dubai pesat giler.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mylmor replied at 13-2-2016 07:46 PM
Anak one of these 10 richest man in Malaysia ni...bawak kete proton saga jek.. Pergi old town pun x  ...

Org kaya stay rich living like a poor man.... prg miskin stay poor bcos like a rich man....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2016 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ada harta...x guna..baik x payah ada harta....ikut macam bijan....x ada harta...tapi...hidup macam harta...ratusan bilion...ko mampoooo
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ang pa p tny syed mokhtar bpe kontrak dlm tgn die ade.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina di Malaysia tertindas
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 09:23 PM | Show all posts
axl_bach replied at 13-2-2016 08:24 PM
Dah x cukup nk beli tanah di KL luas lagi tanah lain yg dorg bleh beli..... KL tu 1/4 msia ker???. ...

Exactly ! Nak beli 4% tanah KL yang tak sampai 1% keluasan malaysia pun tak mampu. Lagi mau sembang 25%  Ptuih. Walau diandaikan tanah itu kosong .Kharkptuih

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.321904 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list