CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12496|Reply: 156

[Tempatan] Pemain PQPTRW Perlu Khatam Al-Quran Jika Mahu Tunggakan Gaji – Vida

[Copy link]
Post time 17-2-2016 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Pemain PQPTRW Perlu Khatam Al-Quran Jika Mahu Tunggakan Gaji – Vida
Posted on February 17, 2016 by Abdul Mursyid Zainuddin|

       
                        PETALING JAYA – Penaja utama Kelantan, Datuk Dr Hasmiza Othman sedia mempertimbangkan untuk melelong sebentuk cincin kesayangannya bagi membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain pasukan tersebut.

Namun, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida berkata, pertimbangan itu hanya akan dibuat dengan bersyarat iaitu sekurang-kurangnya lima pemain Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) perlu mengkhatam al-Quran.

“Saya ada bergurau tempoh hari mungkin saya akan lelong satu cincin saya untuk bayar tunggakan (pemain) dengan syarat lima orang (pemain) kena khatam al-Quran sekali atau lebih.

“Saya akan ambil kira kesungguhan pemain. Anda mahu tunggakan gaji diselesaikan, jadi anda perlu ikut apa yang saya mahukan ini (khatam al-Quran),” katanya dalam satu temu bual bersama mStar Online baru-baru ini.

Usahawan kosmetik terkemuka negara itu berkata, pertimbangan tersebut hanya membabitkan tunggakan gaji pemain yang masih kekal bersama PQPTRW musim ini.

“Ia hanya untuk tunggakan gaji pemain sekarang. Buat masa ini, tunggakan tersebut dibayar secara berjadual,” katanya.

Pada masa sama, Dr Vida mendedahkan semua pemain Kelantan yang beragama Islam diwajibkan untuk membaca al-Quran setiap petang sebelum memulakan sesi latihan.

Beliau berkata sesi tersebut merupakan salah satu prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi pemain PQPTRW bermula pada April ini.

“Pemain tak boleh ponteng. Saya dah maklumkan kepada pemain sekurang-kurangnya satu jam kena khatam al-Quran. Saya akan cari guru mengajar al-Quran untuk mereka,” katanya.

Menurut Dr Vida, beliau mahu menekankan aspek kesukanan dan kerohanian di dalam pasukan ini agar pemain memperoleh ketenangan jiwa ketika bermain bola.

Malah, beliau juga berharap semua pemain PQPTRW akan menjadi contoh terbaik kepada generasi muda di luar sana.

“Pemain PQPTRW bukan sahaja pandai bermain bola tetapi mereka turut akan dilengkapi nilai kerohanian. Saya cuba bawa ibadah ke dalam sukan agar apa yg kita impikan musim ini mendapat keredaan dan keberkatan-Nya,” kata Dr Vida. – mstar


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2016 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tunggakan..kalau nak increment kena keluar fatwa kut..ermmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhuhu..nasib ada mention yg islam saje..

letih jugak kalo nk suruh si Gilmar yg dh pindah ke sarawak tu khatam Quran...kalo suruh khatan utk setel gaji pun dia pikir nam blas kali..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
nah.....talibanisasi in progress.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
sponsor juta2hari tu x boleh cover tunggakan lagi ke..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:34 PM | Show all posts
ok lah tu....buat tadarus reramai kejap je khatamnya kan..??

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2016 02:39 PM | Show all posts
vida nih dah jadi owner ke hape?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mak2 pulak haih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2016 02:42 PM | Show all posts
Tunggakan gaji wajib dibayar tanpa syarat. Lagipun 'membaca al-quran' itu tak masuk dalam kontrak pemain bola.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:50 PM | Show all posts
suh khatam tu bagus. masalahnye tunggakan gaji kot. kena la byr. dia ni makin mengarut jer aku tgk
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:52 PM | Show all posts
pundek apa...tunggakan gaji kot....bukan bonus!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:53 PM | Show all posts
Fatwa dari mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:53 PM | Show all posts
slipar_jepon replied at 17-2-2016 02:50 PM
suh khatam tu bagus. masalahnye tunggakan gaji kot. kena la byr. dia ni makin mengarut jer aku tgk

psl tunggakan gj ni bkn under kontrak tajaan die..... kontrak tu utk musim ni jah
suh ni offer die la..... tp bunyi over hahahah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ellZack at 17-2-2016 02:57 PM
revolusi_30 replied at 17-2-2016 02:33 PM
sponsor juta2hari tu x boleh cover tunggakan lagi ke..


Tak termasuk kot..
Kalau ikut pemahaman aku, kira macam ehsan dari vida gitu. Sebab vida kata nak lelong cincin sebentuk..


Kalau mu nok aku tolong settle-kan gaji mu hok tertunggak tu, mu khatam quran dulu. Mu tak nak, aku tak rugi apa.. Tunggu la kafa bayar hok tertunggak tu..





Hmmm..Macam tak jadi pulak loghat kelate..lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:55 PM | Show all posts
makin menjadi makcik nih..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Overnyaaa dia..
X malu ke pemain2 kelantan? Dah serupa budak kecik..kena carikan guru bagai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2016 02:58 PM | Show all posts
yang berhutang bukan vida, tapi KAFA. vida nak tolong bayar, kalau nak ikut jelah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts

Dia suka selang seli benda dia buat dgn religion card. Which is bagus tp tu duit gaji org yg tertunggak. Byr je la dulu.. Kesian pemain2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 03:02 PM | Show all posts
Kalo ikut kefahaman saya, tunggakkan gaji pemain  ni musim  sebelum Vida ni sign contract dgn KAFA.....? Maknanya utk musim lepas masih ada tunggakkan lagi  dan  Vida tak terlibat secara langsung....  secara logiknya vida ni tak perlu ambil tahu pun sb tajaan  bermula musim ni... cuma bg ihsan utk byrkan...  Sila betulkan kalo pakcik silap...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 03:02 PM | Show all posts
tudiaaa...sorga menanti kalian....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.057180 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list