CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14405|Reply: 107

Neelofa Rancang Buka Kedai Tudung Di New York

[Copy link]
Post time 21-2-2016 09:51 AM | Show all posts |Read mode


Neelofa Rancang Buka Kedai Tudung Di New York



Pelakon dan pengacara, Neelofa yang kini sedang kukuh bersama jenama tudungnya, Naelofar Hijab, berhasrat untuk mengukuhkan lagi empayar perniagaan di luar negara dengan rancangan untuk pembukaan sebuah butik fizikal di New York, Amerika Syarikat.

“Kami merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa dan mengeksport ke lebih banyak negara lagi. Kami berharap dengan adanya satu pusat di negara yang besar akan beri lagi peluang untuk kami lebarkan sayap di lebih banyak negara berbanding hanya berpangkalan di Malaysia,” katanya kepada Bernama.
Selain New York, antara lokasi lain yang turut menarik minat Neelofa untuk meluaskan lagi pasaran Naelofar Hijab ialah negara di Timur Tengah.

“Kita ada rangkaian di sana. Rakan kongsi tersebut mempunyai syarikat di Riyadh, Arab Saudi dan Kaherah, Mesir serta di beberapa kawasan lain di Mesir. Dia bercadang untuk bawa masuk Naelofar Hijab ke negara itu”

“Kami masih lagi dalam proses menyediakan kertas kerja. Kami akan mengemukakannya kepada beliau dan menunggu perkembangannya,” katanya. Sementara itu, Neelofa menjelaskan, jumlah jualan RM50 juta untuk tahun 2015, 10 peratus daripadanya adalah daripada pasaran antarabangsa.

“Jumlah itu hanya bergantung kepada jualan online sahaja tanpa physical store di mana-mana negara. Saya harap selepas syarikat serantau di New York, jualan akan meningkat. Saya jangka sumbangan lebih besar,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2016 10:11 AM | Show all posts
Tak acinya. Hanya kerana dia selebriti, cerita biz dia masuk bod gosip. Patut kita kena bezakan kapasiti dia bila ada berita, adakah selaku usahawan atau selaku penggiat seni. Kalau berita2 peribadi (sebab cite peribadi artis mmg sejak azali jadi bahan gosip), berita kerja, atau publisiti sebagai seorang selebriti, takpelah duduk bod ni. Kalau cerita business, kena kat bod usahawan la. Eh ni I bukan tuju kepada TT, ni opinion I je tau.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmm ye faham lah tudung tgh laki skang:zz
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
So apa kaitan bisness tudung dgn entertainment? Lama2 dah bosan cerita business tudung minah ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2016 10:45 AM | Show all posts
surisau replied at 21-2-2016 10:11 AM
Tak acinya. Hanya kerana dia selebriti, cerita biz dia masuk bod gosip. Patut kita kena bezakan kapa ...

maaf, pendapat anda tidak diterima. terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok..next..cite anzalna dah nikah plak..cantik sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2016 10:50 AM | Show all posts
surisau replied at 21-2-2016 10:11 AM
Tak acinya. Hanya kerana dia selebriti, cerita biz dia masuk bod gosip. Patut kita kena bezakan kapa ...

Yes, sbb dia selebriti ler cerita dia masuk BG. Terima je la sis
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah rezki dia.
Sesiapa yg berusaha pasti kan peroleh hasilnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2016 11:02 AM | Show all posts
Goodluck lofa
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 11:04 AM | Show all posts
Bgsnya lofa...pandai cari duit.....selebriti yg ptut dicontohi....bila nak berlakon ni...dh lama tk tgk lakonan lofa dlm drama.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 11:21 AM | Show all posts
wow new york memanjang,
agaknya new york u high end untuk dia...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 11:28 AM | Show all posts
Edited by gucci_advocate at 21-2-2016 11:30 AM

Good for her..antara celebrity yang pandai berbusiness. Tumpang gembira and all the best
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
surisau replied at 21-2-2016 10:11 AM
Tak acinya. Hanya kerana dia selebriti, cerita biz dia masuk bod gosip. Patut kita kena bezakan kapa ...

Abih tu nak letak bod mana?
Ekonomi dan usahawan?
Agama?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 11:38 AM | Show all posts
All the best Lofa....

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 11:53 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-2-2016 03:32 PM
Abih tu nak letak bod mana?
Ekonomi dan usahawan?
Agama?
Patut kita kena bezakan kapasiti dia bila ada berita, adakah selaku usahawan atau selaku penggiat seni. Kalau berita2 peribadi (sebab cite peribadi artis mmg sejak azali jadi bahan gosip), berita kerja, atau publisiti sebagai seorang selebriti, takpelah duduk bod ni. Kalau cerita business, kena kat bod usahawan la.
Rasanya I dah tulis tadi. Tak perlu jadi defensif sangatlah, I bukan hater pun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 12:00 PM | Show all posts
lofa ni bijak berbusiness..tapi nmpk sgt dia ni masih jadi celeb sbb nak upkan business.. bila ada hosting gig atau job teruk betul research dia.. tak nmpk kesungguhan langsung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2016 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ade jugak benang lopa yg sejuk mata.kalau x mmanjang yg vuruk2 je. selagi cerita dpaparkan berkaitan retis iols rasa relevan je crita biz retis masuk kt bod gosip. sedangkan berita artis beranak pun masuk dlm ni, tu xde kaitan dgn industri seni tu. ok je?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2016 12:23 PM | Show all posts
misslinkpk85 replied at 21-2-2016 12:17 PM
ade jugak benang lopa yg sejuk mata.kalau x mmanjang yg vuruk2 je. selagi cerita dpaparkan berkaitan ...

saya terima pendapat anda. terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 12:23 PM | Show all posts
usaha yangg kejayaan ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia maintain jadi celeb sbb free publisiti tsnpa perlu bayar iklan... Hihihi... Suruh dia pakai tudung brand lain n promo brand tersebut mesti muka dia terkulat time meletop.. Heheheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.061826 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list