Semakin hari, semakin banyak kejadian pelik dan kerosakan berlaku diatas muka bumi ini. Perperangan, bencana alam dan keruntuhan moral dikalangan manusia dilihat semakin membimbangkan. Ditambah lagi dengan kewujudan organisasi yang kononnya memperjuangkan hak asasi sehingga bermacam tuntutan tidak masuk akal turut diperjuangkan.
Memetik dari MyNewshub, Parti Liberal Sweden yang kebanyakannya terdiri daripada ahli parlimen belia telah menyatakan petisyen untuk membenarkan dan menghalalkan perlakuan seks antara adik-beradik berusia lebih 15 tahun dan juga mayat.
Menurut mereka, walaupun ramai yang melihat perlakuan seks jenis itu sangat menjijikkan namun ianya tidak bermakna ia harus diharamkan.
Mereka dikatakan ingin memperjuangkan hak asasi manusia selain seks antara mayat itu perlu mendapat keizinan daripada individu itu sendiri sebelum dirinya mati.
Presiden Parti Liberal Sweden, Cecilia Johnsson.
Menurut presiden parti itu, Cecilia Johnsson, mereka mewakili suara anak muda dan langkah ini adalah salah satu daripada anjakan paradigma yang cuba dibawa mereka untuk kebaikan rakyat di sana. (baca selanjutnya).
Petisyen yang dituntut oleh parti ini dilihat tidak masuk akal dan amat bertentangan dengan norma manusia. Atas dasar apakah manusia perlu mempunyai hak untuk lakukan seks dengan adik beradik mahupun mayat? Sudah berkurangkah pasangan bukan mahram dimuka bumi ini sehingga mayat yang sudah tidak bernyawa turut dijadikan tempat melampias nafsu serakah.
Jika tuntutan seperti ini diluluskan, tidak mustahil suatu hari nanti akan ada juga tuntutan seperti hak untuk merompak, pecah masuk rumah, merogol dan juga membunuh. Teruk kan jika ia benar-benar berlaku. - CARI Infonet.
Sumber - mynewshub.cc
*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
Post time 24-2-2016 12:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Eei geli..cecillia ni pnh kot ngeseks ngn adik bradik dia
Means klu abg dia minx dia xleh r tolak
Sdgkan kawen ngn sepupu pun xgalak
Ni kan pula adik bdik
T lame2 keturunan tu pelik dan cacat
Nauzubillahiminzalik
Post time 24-2-2016 01:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Prinsip humanist ni, selagi tak mencederakan , semua nk dihalalkan....
Yg tinggal hanya sisa2 jengkel perasaan ja...
Lepas semua jengkel dah hilang, semua hal bole halal....
Dulu2 ,, bab gay kontroversi mcm ni la....lama2 ok ja....bila Tuhan dh hilang, ini lah kesudahan moral....yakni, manusia tentukan baik buruk dr pandangan samada mencederakan atau tidak....islam ada mendidik dgn rotan maka dikira jahat sbb mencederakan.......seks dgn gay ok,, sbb tak mencederakan. Itulah kesudahannya....sbb tu, kebenaran bkn milik kita, tp milik Yang Di Atas....dan ia tidak perlu justifikasi naif humanist...wallahua lam