Air Terjun Dua Warna yang sangat memukau pandangan ini memiliki ketinggian sehingga 100 meter. Merupakan salah satu khazanah alam yang terletak di Durin Sirugun, Kecamatan Sibolangit, Kabupaten Deli Serdang, Provinsi Sumatera Utara.
Air terjun ini terbentuk akibat dari letusan Gunung Sibayak ratusan tahun dahulu. Sesuai dengan namanya, air terjun ini memiliki dua warna, iaitu warna biru muda dan putih.
Warna air terjun ini terjadi disebabkan oleh kandungan fosfor dan belerang yang terdapat di dalam airnya. Oleh kerana adanya kandungan dua zat tersebut, air di Air Terjun Dua Warna ini dilarang untuk diminum sama sekali.
Jika anda ke Medan, Indonesia dan merancang untuk berkunjung ke air terjun ini, bolehlah menyewa kenderaan darat dan menuju ke Kecamatan Sibolangit yang jaraknya sekitar 75 km. Selain dapat menikmati keindahan ciptaan ilahi, anda juga boleh mandi-manda dan abadikan foto kenangan terindah di air terjun unik yang hanya terdapat di Medan ini. - CARI Infonet.