View: 5188|Reply: 26
|
Khidmat Cemerlang Pegawai JPJ Yang Wajar Dicontohi
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Apabila bercakap pasal jabatan kerajaan, lazimnya rakyat Malaysia akan memberi komen yang berunsur negatif seperti ' kena tunggu lama' , 'kualiti perkhidmatan yang kurang mesra dan banyak lagi.
Tetapi, baru-baru ini tersebar luas beberapa gambar di dalam laman sosial Facebook yang menunjukkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) secara khususnya keluar dari kaunter kerjanya dan mencangkungkan dirinya di tepi sebuah kereta milik seorang wanita yang kurang upaya semata-mata untuk memberi khidmat kepada wanita berkenaan. Tindakan murni pegawai JPJ tersebut menerima pujian di kalangan netizen.
Seorang netizen bernama Lim Tang Sin dalam laman facebooknya memberitahu, pagi Rabu lalu, dia membawa kawannya yang merupakan seorang OKU ke pejabat JPJ yang bertempat di Batu Uban, Pulau Pinang untuk menjalankan urusan penukaran nama hak milik kereta.
" Disebabkan kawan saya mengalami masalah pergerakan di bahagian kaki, setelah berbincang dengan pegawai JPJ yang bertugas, salah seorang pegawai yang bernama Suhaidah menyuruh saya memandu kereta ke depan pintu masuk lobi, lepas itu dia berjalan keluar untuk membantu kawan saya menguruskan penukaran hak milik kereta di tepi kereta saya."
Berdasarkan gambar yang ditunjukkan, jelas kelihatan Suhaidah menjalankan tugasnya secara mencangkung sepanjang masa.
Lim Tang Sin turut beritahu, walaupun Suhaidah gagal dalam usaha meletakkan cap ibu jari kawannya setelah cuba banyak kali tetapi dia masih dengan penuh kesabaran dan bersifat mesra sambil berulang kali cuba sehingga berjaya melakukannya, keseluruhan proses itu mengambil masa kira-kira 20 minit.
" Atas persetujuan Suhaidah, saya mengambil gambarnya ketika membantu kawan saya dan sengaja memuatnaik dalam laman facebook, dengan harapan dapat menarik perhatian orang ramai terhadap khidmat cemerlang yang ditunjukkan oleh pegawai JPJ berkenaan.
Pastinya berharap juga semua pegawai di jabatan kerajaan seluruh negara dapat mencontohi kesanggupan Suhaidah dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik agar seluruh rakyat Malaysia dapat mengubah persepsi yang negatif terhadap jabatan kerajaan.
Lim Tang Sin dalam penghujung catatannya mengatakan : " sebelum kami beredar dari pejabat JPJ itu, pegawai di kaunter memberikan saya dua nombor talian 04-6564131/ 04-6564151, dan memesan pada saya, lain hari sekiranya ada sesiapa yang merupakan warga kurang upaya yang ingin berurusan dengan JPJ, bolehlah menghubungi mereka.
Pihaknya akan menghantar pasukan khidmat JPJ secara bergerak akan datang ke rumah individu berkenaan untuk membantu menguruskan apa saja berkaitan dengan urusan JPJ."
Catatan yang dimuat naik itu menerima hampir 3000 orang memberikan 'like' dalam masa hanya dua hari sahaja, rata-rata orang memuji dan memberi pengahrgaan yang tinggi ke atas perkhidmatan yang dilakukan oleh Suhaidah.- CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
wajar di jadikan contoh ... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau berita yg baik2...sendu je thread...
cer kalau topik masalah sosial....ahahhaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Err kalau maki hamun jpj ramila yg tumpang mengutok tok tok tok |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah, wajar dicontohi, tidak mengira bangsa dan agama.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju org camni diberi ganjaran setimpal.
yg kurg produktiviti mohon dipertimbangkan pencen awal |
|
|
|
|
|
|
|
qronaldo7: aku setuju org camni diberi ganjaran setimpal.yg kurg produktiviti mohon dipertimbangkan pencen awal
setuju!! |
|
|
|
|
|
|
|
dia lupa pakai kasut tutup..huhu..uniform cantik dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ms_furby replied at 26-2-2016 04:15 AM
dia lupa pakai kasut tutup..huhu..uniform cantik dah..
Dah dia dari dalam kaunter.. sempat pulak pikir nak sarung kasut.. kalau berkaki ayam pun boleh je buat kerja kan? Ke dia kena menaip dengan tumit kasut?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus akak ni. Dan bagus juga sistem jpj yang portable tu. Even sekarang kalau apply my eg pun, bila dia hantar kita punya road tax tu, dia akan bawak alat untuk verify ic kita.
Aku puji jugak budak my eg tu..
"Fuiyoh... canggih noh teknologi sekarang.."
Sengih2 je adik tu. Mesti dia ngata dalam hati "jakun(peghak) ke apa minah ni?" |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah SWT merahmati akak sekeluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
manjalara_01: kalau berita yg baik2...sendu je thread...cer kalau topik masalah sosial....ahahhaa...
Hahaha...
Sebab manusia ramai yang berpenyakit hatinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus akak ni zaman sekarang tak ramai pekerja yg sanggup memberi khidmat sebegitu |
|
|
|
|
|
|
|
yang baik harus diberikan pujian...bravo kak! |
|
|
|
|
|
|
|
benda bagus kena la promote...bukan semua nak promote benda xbagus ja |
|
|
|
|
|
|
|
wah...thumbs up.... |
|
|
|
|
|
|
|
skang ni pn..jpj selalu buat prog..buka kaunter bayar saman..sambung lesen..etc..
pada hari cuti...so..xleh guna alasan keje lg dah..
jpj...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus Kak JPJ |
|
|
|
|
|
|
|
bravo kak jpj.. tindakan yang patut dapat pujian.. masih lagi sabar dan tersenyum walau dah hampir 20 minit cangkung.. hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|