CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3157|Reply: 9

Cuba Sendiri Kari Ikan 'Style' Mamak!

[Copy link]
Post time 2-3-2016 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za


Kredit foto: Azlita Masam Manis


Siapa yang gemarkan kari ikan yang dimasak stail kedai mamak?


Ia sedikit berbeza dengan kari Melayu kerana dimasak tanpa santan, sebaliknya digantikan dengan air asam jawa.


Jom cuba resipi mudah ini, pasti menjilat jari sekeluarga!


Bahan-Bahan
1 ekor ikan jenahak sederhana besar
4-5 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar cili kisar
5-8 kacang bendi
2 biji cili merah


Bahan Kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang kecil
4biji bawang putih
1 inci halia

Bahan tumisan
1 sudu kecil halba
3 biji bawang kecil-hiris halus
3 biji bawang putih-hiris halus
1/2 biji bawang besar-hiris halus
2-3 tangkai daun kari
2-3  cawan air asam jawa
garam dan minyak secukupnya



Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan hirisan dan halba.


2. Setelah naik bau, masukkan bawang kisar bersama daun kari dan masak sehingga layu.


3. Masukkan pula cili kisar, sedikit garam dan serbuk kari ikan, kacau sebati dan biarkan rempah masak dengan menggunakan api yang kecil sambil di kacau selalu.  Masukkan sedikit air bila rempah nampak kering.

4.  Masukkan sedikit beras (yang telah disangai dan ditumbuk) selepas rempah masak.


5.  Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih baru di masukkan ikan dan rasa cukup asam dan garamnya.


6.  Bila ikan dah masak, kecilkan api dan masukkan pula bendi dan cili merah.  Biarkan sebentar baru di tutup api. - CARI Infonet



Sumber resipi: Kakinakl
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2016 01:32 PM | Show all posts
4.  Masukkan beras selepas rempah masak

Beras?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2016 02:17 PM | Show all posts
bemyself: 4.  Masukkan  beras  selepas rempah masakBeras?..


dah edit sis..hehe TQ
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Beras tu APA fungsi dia?? Bg pekatke
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 11:26 PM | Show all posts
fire_place replied at 11-3-2016 05:45 PM
Beras tu APA fungsi dia?? Bg pekatke

beras tu bagi menyedapkan lagi kari tu. Beras tu ambik sikit je,disangai dan ditumbuk halus.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 06:45 AM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 11-3-2016 11:26 PM
beras tu bagi menyedapkan lagi kari tu. Beras tu ambik sikit je,disangai dan ditumbuk halus.

Owh..to.
Mmg nampak sedap ni,kena try.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2016 04:56 PM | Show all posts
first time dengar masak kari kena masukkan beras..
agaknya untuk kasi kuah pekat kut
macam saya buat kuah percik..
saya masukkan jugak beras yang sudah disangai dan ditumbuk halus sebelum masuk ke dalam kuah percik.
boleh try resepi masak kari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 04:57 PM | Show all posts
hmm..tak ada plak pakai rempah fantastic four tu ya?
selalunya itulah bahan utama masak kari dan sup..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2016 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh rupanya beras boleh pekatkan kuah. Ada satu telemovie tu pun ada guna beras hancur buat gulai.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 05:39 PM | Show all posts
sedapnyer kari ikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26424 Replies : 24
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 12148 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 09:25 AM GMT+8 , Processed in 1.610630 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list