|
Oleh Adib Za
(Sumber foto: Carian google)
Percaya tak kalau sediakan telur masin yang dibuat sendiri, rasanya lebih lemak dan sedap?
Ini kerana kita boleh kawal sendiri berapa banyak garam yang dimasukkan, lagipun ia lebih segar.
Jom apa lagi, mari kita cuba buat sendiri telur masin homemade!~
Bahan-bahan:
6 biji telur ayam atau itik
Garam kasar 1 cawan
Air 1/2 liter
Cara-caranya:
1. Bersihkan telur.
2. Didihkan air, masukkan garam dan kacau sehingga garam larut.
3. Angkat dan biarkan sehingga sejuk.
4. Masukkan air ke dalam bekas yang sesuai (balang plastik/kaca) dan masukkan telur. Pastikan telur tenggelam dan tutup bekas. Simpan pada suhu bilik.
5. Selepas 2 ke 3 minggu, bolehlah telur direbus. Bergantung kepada kadar kemasinan air garam yang disediakan. - CARI Infonet
Sumber resipi: Blog Resipi Raidah |
|