Berendam dalam kolam mandi air panas, pasti sangat melegakan badan dan juga minda kan. Ia juga menghilangkan stress selepas bekerja seharian.
Wet World Pedas Taman Tema Air Panas memang terkenal di kalangan masyarakat di Negeri Sembilan. Terletak di Pedas, Negeri Sembilan tidaklah terlalu jauh dengan bandar Seremban. Ia telah wujud sejak dahulu lagi sekitar tahun 1999.
Kini, ia semakin menarik, dengan keluasan 12 hektar boleh menampung sehingga 5,000 orang pengunjung dalam satu-satu masa.
Harga tiket serendah RM8.50 untuk kanak-kanak dan RM10.60 untuk dewasa pada hari biasa.
Jom apa lagi, masa untuk bercanda bersama anak-anak dah ahli keluarga. Sambil itu boleh merehatkan badan dalam kolam air panas. - CARI Infonet