CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2995|Reply: 0

Proton Tawar Ganti Hos Percuma Walaupun Tidak Rosak

[Copy link]
Post time 9-3-2016 03:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Pandulaju.com at 9-3-2016 03:33 AM

SIKAP keterbukaan mengumumkan penyenggaraan semula (Service Fix) hos penyejuk minyak oleh Proton bagi model Exora Bold, Preve dan Suprima S ternyata membuka mata ramai pihak.


Proton yang sebelum ini dalam satu majlis tertutup bersama media mengumumkan 94,577 unit kenderaannya dipanggil balik bagi penukaran hos penyejuk minyak yang dikhuatiri pecah akibat suhu panas.


Untuk mengatasi masalah itu, Proton menyediakan 3,000 unit hos bagi peringkat pertama dengan memberi keutamaan bagi kenderaan yang sudah melebihi 40,000km perbatuan atau dua tahun (mana-mana tiba dulu).

Kesemua kos penukaran hos dan upah akan ditanggung sepenuhnya oleh Proton tanpa mengira usia kenderaan sama ada masih memiliki waranti atau sebaliknya, asalkan mereka mengikut jadual dan melakukan servis di pusat servis bertauliah Proton.


Untuk itu, Proton akan menghubungi pemilik kenderaan terlibat bagi penukaran hos secara berperingkat.


Peringatan bagi pemilik kenderaan terlibat, penukaran hos TETAP akan ditukar dan diberikan secara percuma walaupun tidak mengalami kebocoran.


Walaupun kenderaan anda sudah tamat tempoh waranti, penukaran secara percuma turut diberikan dengan syarat kenderaan masih menerima servis berkala daripada pusat servis Proton.


SUMBER: www.pandulaju.com.my


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.064337 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list