CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1581|Reply: 0

"Usaha Mahathir Tak Akan Berjaya" Kata Pengerusi Biro IT UMNO, Ahmad M

[Copy link]
Post time 9-3-2016 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Pengerusi Biro Teknologi Maklumat UMNO, Datuk Ahmad Maslan yakin menyatakan bahawa usaha kumpulan 'Deklarasi Mahathir' tidak akan berjaya kerana kebanyakan isu yang dibangkitkan telah dijawab oleh pelbagai pihak termasuk isu 1MDB dan dana politik.


"Tetapi mungkin pihak-pihak mereka itu tidak pernah ingin bersetuju terhadap jawapan-jawapan yang diberikan," katanya kepada pemberita di sini hari ini mengenai kerjasama beberapa anggota UMNO dan pembangkang yang menandatangani deklarasi diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas yang antara lain mahu Datuk Seri Najib Tun Razak berundur sebagai perdana menteri.


Ahmad sebelum itu mengadakan pertemuan tertutup dengan persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) 'Keyboard Warriors' termasuk golongan profesional dan bukan profesional.


Beliau turut berkata UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan berdiam diri dan membiarkan kumpulan yang terlibat dengan Deklarasi Mahathir itu melakukan apa sahaja.


"Setiap apa yang mereka buat itu akan kita jelaskan kepada rakyat. Kita harap rakyat akhirnya akan mengetahui bahawa terlalu banyak perkara positif yang dibuat oleh kerajaan BN," katanya.


Terdahulu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO kerana mendakwa parti itu sudah bertukar hanya untuk mempertahankan musuh politiknya Datuk Seri Najib Razak.- CARI Infonet.







Sumber - astroawani.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40496 Replies : 410
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 34795 Replies : 47
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2527 Replies : 168
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1107323 Replies : 795
[BEST]Kisah Seram Di ITM Jalan Othman, The Green Lady
NBM[BEST]Kisah Seram Di ITM Jalan Othman, T
Views : 39919 Replies : 197
Pempengaruh Chazy Nash dan Fatin sudah bercerai, patut lama tiada ‘content’ bersama - “Dalam hal ni saya bersalah”
tatodPempengaruh Chazy Nash dan Fatin sudah b
Views : 8172 Replies : 86
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26566 Replies : 20
DUNE 3 (2026), DUNE 2 (2024), DUNE 1 (2021)
SY_MumiDUNE 3 (2026), DUNE 2 (2024), DUNE 1 (20
Views : 25222 Replies : 65
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 285 Replies : 4
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 251 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:12 PM GMT+8 , Processed in 1.781607 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list