CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2565|Reply: 12

[Tempatan] Bukan Bom Tapi Bahan Uji kaji - KPN

[Copy link]
Post time 10-3-2016 02:43 AM | Show all posts |Read mode

sumber foto : google image

sumber foto : google image





Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan dua objek ditemui di Aquaria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bukan bahan letupan seperti tersebar di laman sosial.


Beliau berkata dua objek berkenaan hanyalah bahan uji kaji dilakukan oleh pelajar yang melawat tempat itu petang semalam.

"Siasatan awal polis terhadap dua botol di KLCC bukannya bahan letupan tetapi bahan uji kaji lampu yang ditinggalkan oleh penuntut sekolah."

"Uji kaji lampu dalam botol ini dinamakan STARLAB oleh Petrosains kepada murid sekolah dan telah diberi kepada murid-murid sebagai cenderahati," kata Khalid dalam Twitternya.


Khalid berkata murid daripada sebuah sekolah di Bukit Beruntung, telah meninggalkan dua botol itu di KLCC, dan disyaki bom oleh individu yang menemuinya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata objek berkenaan ditemui pada 5.15pm oleh seorang tukang cuci.-CARI Infonet







berita selanjutnya: bernama.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2016 02:44 AM | Show all posts
Kuala Lumpur: Unit Pemusnah Bom (UPB) memusnahkan dua balang kaca yang dipercayai bahan letupan di Aquaria KLCC di sini, 7.50 malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut berhubung kandungan balang kaca berkenaan sedang dijalankan.

"Kita mengesahkan penemuan balang kaca berkenaan dan akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian sedikit masa lagi,"katanya.

Dalam kejadian berkenaan dua balang kaca yang mencurigakan ditemui di kaunter Aquaria KLCC oleh pengawal keselamatan pada 7 malam tadi.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati keadaan terkawal.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/121622#sthash.llM4SCCn.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2016 02:45 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 05:36 AM | Show all posts
sape la yang berkelah tertinggal botol nie
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 05:42 AM | Show all posts
skali bahan ujikaji lampu daa ...   

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan dua objek ditemui di Aquaria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bukan bahan letupan seperti tersebar di laman sosial.

Beliau berkata dua objek berkenaan adalah bahan uji kaji dilakukan oleh pelajar yang melawat tempat itu petang tadi.

"Siasatan awal polis terhadap dua botol di KLCC bukannya bahan letupan tetapi bahan uji kaji lampu yang ditinggalkan oleh penuntut sekolah.

"Uji kaji lampu dalam botol ini dinamakan STARLAB oleh Petrosains kepada murid sekolah dan telah diberi kepada murid-murid sebagai cenderahati," kata Khalid dalam Twitternya.

Khalid berkata murid daripada sebuah sekolah di Bukit Beruntung, telah meninggalkan dua botol itu di KLCC, dan disyaki bom oleh individu yang menemuinya.   

[ARTIKEL BERKAITAN: KLCC gempar terima ancaman bom]

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, objek berkenaan ditemui pada 5.15 petang tadi oleh seorang tukang cuci.

Menurutnya tukang cuci terbabit memaklumkan kepada pihak keselamatan Aquaria KLCC pada 5.30 petang.

"Kami yang menerima laporan tentang objek berkenaan bergegas ke lokasi kejadian bersama Unit Pemusnah Bom (UPB) serta Unit Anjing Pengesan (K9)," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, UPB telah memusnahkan objek itu kira-kira 8 malam dengan menggunakan robot UPB.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi KLCC, Kuzaimah Idris mengesahkan bahawa dua objek yang tidak dapat dipastikan telah ditinggalkan di ruang legar pusat konvensyen berkenaan.

"ihak berkuasa telah mengambil segala langkah yang sepatutnya dan keadaan kembali normal kira-kira 8 malam tadi.

"Keselamatan delegasi, pengunjung dan tetamu tetap menjadi keutamaan kami, dan kami akan terus bekerjasama rapat dengan polis dan pihak berkuasa berkaitan," katanya dalam kenyataan. - Bernam

http://www.sinarharian.com.my/se ... -bukan-bom-1.495259
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 05:55 AM | Show all posts
haishhhhhhhhhhh



kan i dah habaq


u all KLCC management kena dopt style UK  TFL - Tube tu - buat pengumuman berkala

please keep your belongings with you at ALL TIMES, all  unattended  items will be removed. Please report any suspicious behaviour  to the members of the staffs / concierge



critical lah benda ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2016 08:50 AM | Show all posts
tempat keje ai
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
skyreds replied at 10-3-2016 05:42 AM
skali bahan ujikaji lampu daa ...   

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Baka ...

Bagus tukang cuci tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2016 08:57 AM | Show all posts
kalau betul takkan tak dapat kot cari siapa yang letak situ.....kan penyiasat malaysia dengarnya hebat²......

p/s : takkan nak alih tumpuan penonton kot....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Knapa foodcourt di klcc ditutup hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahah sains project budak sekolah rendah je pun

Buat lawak satu dunia
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 10:36 AM | Show all posts
patut petang smlm ramai polis kat KL Convention
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabau jela.. Bikin saspen je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.491746 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list