|
Lelaki bunuh 7 wanita di bangunan terbengkalai
10 Mac 2016
Darren Vann
INDIANA - AMERIKA SYARIKAT . Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati terhadap lima pertuduhan daripada tujuh pertuduhan membunuh tujuh wanita, lapor AP.
Pejabat Pendakwaraya Lake County menfailkan pertuduhan terhadap Darren Vann, 44, membunuh Teaira Batey, 28, Tracy Martin, 41, Kristine Williams, 36, Sonya Billingsley, 53, dan Tanya Gatlin, 27.
Mayat wanita terbabit ditemui pada tahun 2014 di beberapa bangunan terbengkalai di barat laur Indiana.
Vann sebelum ini didakwa membunuh Afrikka Hardy, 19, dan Anith Jones, 35.
Pendakwa menuntut hukuman mati ke atas kesemua tujuh kes.
Polis berkata, sebaik sahaja mayat ditemui, Vann mengaku bersalah ke atas kesemua tujuh pembunuhan.
Sementara itu, salah seorang peguam Vann, Gojko Kasich berkata, pihaknya belum melihat dokumen mahkamah dan tidak dapat mengulas lanjut mengenai dakwaan baru.
Vann ditahan 18 Oktober 2014, sehari selepas pegawai mendapati Afrikka Hardy dicekik sehingga mati di dalam sebuah bilik motel.
Mayat yang lain kemudiannya dijumpai di dalam bangunan di seluruh Gary, Indiana.
Dua orang mangsa terakhir, Billingsley dan Gatlin hanya dikenalpasti selepas empat bulan penangkapan Vann.
Vann sebelum ini mengaku tidak bersalah pembunuhan Hardy dan Jones.
Menurut rekod mahkamah, tali coklat ditemui detektif mengandungi DNA Hardy dan Jones dan DNA Jones turut ditemui pada sepasang kasut Vann.
Pendakwaraya berhujah Vann menggunakan tali untuk membunuh kedua-dua wanita.
Seorang hakim tahun lepas membenarkan permohonan kerajaan negeri untuk menghalang pejabat koroner daripada mendedahkan laporan bedah siasat Hardy dan Jones.
|
|