View: 2016|Reply: 11
|
[Tempatan]
Tripadvisor: Legoland Malaysia Resort hotel nombor satu untuk keluarga
[Copy link]
|
|
Tripadvisor: Legoland Malaysia Resort hotel nombor satu untuk keluargaAstro Awani | Mac 14, 2016 08:19 MYT
Legoland Malaysia Resort juga menduduki tangga keenam bagi kategori Asia, dan satu-satunya hotel di Malaysia yang tersenarai - Foto
LAMAN web pelancongan terbesar dunia, Tripadvisor telah memilih Legoland Malaysia Resort sebagai hotel terbaik di Malaysia bagi kategori hotel keluarga.
Anugerah tersebut dikenali sebagai 2016 Travellers’ Choice yang melibatkan undian, komen, dan ulasan para pengunjung ke tempat pelancongan tertentu yang disenaraikan dalam laman web berkenaan.
Pemilihan tersebut lebih bermakna tahun ini kerana hotel tersebut menduduki tangga ke-10 tahun lalu. Legoland Malaysia Resort juga menduduki tangga keenam bagi kategori Asia, dan satu-satunya hotel di Malaysia yang tersenarai.
“Menjadi 10 (hotel) yang terbaik di Asia merupakan satu penghormatan. Kami berterima kasih dan terharu dengan sokongan semua, dan semua ini tidak mampu dicapai tanpa dedikasi pasukan kami,” ulas Mark Germyn, Pengarah Urusan General Manager of LEGOLAND Malaysia Resort.
Anugerah ini diterima oleh Legoland dua bulan selepas diiktiraf sebagai tarikan pelancongan terbaik bagi kategori buatan manusia dalam Malaysia Tourism Award yang diadakan buat julung-julung kalinya tahun ini.
Berikut merupakan sembilan lagi hotel di Malaysia yang memenangi anugerah Tripadvisor Travellers’ Choice 2016 bagi kategori hotel keluarga terbaik:
2- Club Med Pantai Cherating, Kuantan
3- Hotel Jen Puteri Harbour, Johor Bahru
4- Hard Rock Hotel, Batu Ferringhi
5- Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya
6- Ascott, Kuala Lumpur
7- Golden Sands Resort by Shangri-La, Batu Ferringhi
8- Best Western Premier, Ipoh
9- Grand Lexis, Port Dickson
10- Rawa Island Resort, Mersing
Awani
|
|
|
|
|
|
|
|
Tred yg x mungkin dibuka oleh @herrhughie aka @peningloser....lol |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 seronok duduk kt hotel legoland ni. Bfast nya pun sgt veriety n sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Xpanas ke legoland?? |
|
|
|
|
|
|
|
Legoland ni laku ke..nmpk mcm xlaku je, baik gi sunway lagoon mcm2 ade |
|
|
|
|
|
|
|
Waa... cantik nya... hari tu gi legoland, tp menginap kt marina beach resort je...
nnty nk try la kt legoland resort plak... xkisahla rate mahal ke idok |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa indon ni tau ka dok hotel??
berak pun merata2 lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
indon ade themepark apa yea.....
|
|
|
|
|
|
|
|
koq indon nugara G20 gak punya Legoland? @malondol
|
|
|
|
|
|
|
| |
|