|
Edited by jelitaqasyah at 14-3-2016 12:26 PM
Kisah rumah tangga Beyonce, 34, berantakan sudah lama diperkatakan namun penyanyi terkenal itu sedaya upaya menafikan perkhabaran itu.
Bagaimanapun, baru-baru ini beberapa sumber dipercayai memaklumkan Beyonce mungkin menoktahkan perkahwinannya dengan penyanyi terkenal, Jay-Z.
Bukan senang seseorang menanggalkan cincin perkahwinan di jari tanpa alasan kukuh apatah lagi ia lambang cinta agung. Namun itulah yang dilakukan Beyonce pada Februari lalu sekali gus memberi pembayang kuat tiada lagi cinta untuk Jay-Z.
“Dia berparti dan berfoya-foya. Jelas terserlah ada sesuatu sedang mengganggu fikirannya,” kata sumber yang turut berparti bersama Beyoce.
Parti itu diadakan bagi meraikan ulang tahun anggota kumpulan Destiny’s Child, Kelly Rowland.
Lebih mengejutkan apabila penyanyi Halo itu tiba-tiba menanggalkan cincin perkahwinannya.
Sambil memegang cincin berkenaan, dia berkata itu kali terakhir orang dapat melihatnya memakai barang kemas terbabit.
“Dia turut memaklumkan bakal berpisah dengan Jay-Z. Semua tetamu terkejut dengan kejadian di luar jangkaan itu,” kata sumber.
Terdahulu, hubungan dingin pasangan itu menjadi bualan ramai selepas video Jay-Z ditendang adik iparnya, Solange tersebar luar. Dalam insiden itu, Solange dikatakan sangat marah apabila mengetahui Jay-Z melayan Beyonce dengan buruk.
Lebih menyedihkan, kebahagiaan yang dipamerkan pasangan terbabit rupa-rupanya sandiwara sahaja.
Mereka masih tinggal sebumbung tetapi tidur berasingan.
“Beyonce dan suaminya tidur di bilik berasingan.
Di antara dua bilik itu adalah bilik anak perempuan mereka, Blue Ivy. Keadaan itu sudah berlanjutan beberapa minggu.
“Mood Jay-Z juga dikatakan tidak stabil malah dia enggan bercakap dengan sesiapa kecuali perkara penting,” kata satu sumber lagi.
HMetro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|