View: 2649|Reply: 6
|
8 Maut Akibat Gas Pemadam Api Di Bank Thailand
[Copy link]
|
|
sumber foto: google image
Lapan terbunuh dan tujuh lagi cedera apabila mereka secara tidak sengaja menghidupkan sistem pemadam kebakaran di ibu pejabat bank utama Thai sehingga melepaskan bahan kimia yang melemaskan.
Kemalangan berlaku lewat malam tadi di ruang bawah tanah bangunan Siam Commercial Bank (SCB), sebuah daripada institusi kewangan terbesar di negara ini.
Menurut SCB, kontraktor cuba menaik taraf alat pemadam kebakaran kimia di bangunan itu tetapi tidak sengaja menghidupkan sistem berkenaan dan melepaskan bahan kimia yang menyebabkan tahap oksigen berkurangan.
"Tindakan itu mungkin mencetuskan pelepasan aerosol Pyrogen yang bertindak mengurangkan oksigen yang boleh menyebabkan kecederaan dan kematian," menurut bank itu dalam satu kenyataan.
Pusat perubatan kecemasan Erawan Bangkok menyatakan, lima orang terbunuh di tempat kejadian manakala tiga lagi meninggal dunia di hospital.- CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan x sengaja melepaskan karbon diakentut
Takkan buat kerja2 kritikal time ada org dlm bangunan
saman ajerlah kontraktor tu |
|
|
|
|
|
|
|
Membahayakan tak pasal2 ada yang hilang nyawa |
|
|
|
|
|
|
|
teruk nya depa; tak ikut prosedur ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|