View: 2402|Reply: 9
|
[Jenayah]
Adakah Najib cabar Agong? Minta AG letak jawatan sama seperti cabar Agong
[Copy link]
|
|
Edited by bluehedgehog at 16-3-2016 10:17 AM
Hafarizam ni macam nk kutuk najib je
Minta AG letak jawatan sama seperti cabar Agong – Hafarizam
March 16, 2016
FMT
Peguam Negara mempunyai kuasa seperti yang termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Cadangan Badan Peguam Malaysia yang meminta Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan sebagai Peguam Negara samalah seperti mencabar prerogatif diraja Yang di-Pertuan Agong.
Peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Peguam Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan penyingkirannya juga atas perkenan baginda sekiranya baginda memutuskan Peguam Negara tidak layak atau tidak mampu menunaikan tugasnya.
Badan Peguam Malaysia akan membahaskan pada mesyuarat agung tahunannya Sabtu ini, satu usul meminta Mohamed Apandi mengundurkan diri sebagai Peguam Negara.
Usul itu juga meminta Peguam Cara Negara melaksanakan peranan sebagai Pendakwa Raya dalam kes-kes di mana Badan Peguam Malaysia berpendapat Peguam Negara tidak lagi layak untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya.
“Apa jua perbincangan akan diertikan sebagai mencabar prerogatif diraja Yang di-Pertuan Agong,” kata Mohd Hafarizam yang dipetik dari Bernama.
Beliau berkata usul untuk mencela dan menuntut peletakan jawatan Mohamed Apandi tidak pernah berlaku sebelum ini, serta tidak perlu kerana Peguam Negara tidak terlibat dengan salah laku sebagai Pendakwa Raya atau melakukan sebarang salah laku besar berkaitan tugas berkanunnya.
“Kita perlu ingat sebagai Peguam Negara, kuasa beliau seperti yang termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, terserah sepenuhnya kepada budi bicara beliau sendiri dan tidak tertakluk kepada penelitian kehakiman.
“Inilah yang menjadi dasar utama bagi sistem keadilan jenayah di mana pengasingan bidang kuasa antara badan kehakiman dan pendakwaan diputuskan.
“Oleh itu, saya menggesa agar perlu ada sikap saling menghormati antara Badan Peguam Malaysia, sebagai sebuah badan yang diwujudkan melalui Akta Profesion Undang-undang dengan pejabat Peguam Negara,” katanya.
Beliau berkata, hanya dengan wujudnya sikap saling menghormati dan memahami itu, barulah pentadbiran keadilan jenayah dapat dimartabatkan di tahap tertinggi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa pulak najib yg cabar agong? Bukan ke yg nak suruh siasat kes ni ialah BAR counsel tu. Bukan najib. |
|
|
|
|
|
|
|
Habis AG sebelum ni kena berhenti tu xhina agong ke hafuckrizam? Apundek betul sekor2 penjilat ni: |
|
|
|
|
|
|
|
Heret Agong dalam kancah politik bukan sesuatu tindakan yg bijak... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nie buat2 lupa kes AG sebelum nie ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sila cek fakta ye sorang2, ag sebelum ni bukan kena buang. |
|
|
|
|
|
|
|
kan najib tendang Gani Patel dulu?
|
|
|
|
|
|
|
|
agong kita terlalu tua untuk berpolitik |
|
|
|
|
|
|
|
tapi tua bkn masalah...
Kapasiti sebagai Agong sebaiknya neutral...
|
|
|
|
|
|
|
|
walharammu walhalalku UMNO telah makan diri hahahaha, dulu depa kutuk PAS cengitu
hari ni apa yang haram orang lain buat adalah halal umno buat? napee? tak caye?
orang lain masuk sekupang ke akaun peribadi kalo penjawat awam di katakan rasuahhhhhh, haramm, kene denda
tapi PM sendiri masuk berpoloh juta ke akaun pperibadi, itu dermaaaaaa laaa..hokehhh..tok unta derma hahahaha
haram untuk ko...halal untuk aku, dulu kutuk PAS cam ni tapi kutukan Allah swt pada umno sudah mari haaa...amik ko
mana budak dijek tu...dijekkk weeiii ce ko ulas walharammu walhalalku keh keh keh |
|
|
|
|
|
|
| |
|