CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3726|Reply: 11

Tip Kekal Susu Badan Agar Kekal Produktif

[Copy link]
Post time 17-3-2016 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA

Pengalaman menyusukan bayi pastinya menjadi kenangan terindah buat para ibu. Namun, untuk mengekalkan susu badan yang banyak, perlu ada penjagaan yang khusus agar tak putus susu.


Banyak juga tip yang boleh didapati untuk mengekalkan kuantiti susu badan yang sentiasa banyak di kalangan para ibu.


Memetik laman Blog MummySayf ini, terdapat 5 petua yang boleh diikuti untuk menambahkan susu badan ini. Moga bermanfaat.



1. Kerap menyusu


Ini adalah Petua yang sangat penting yang perlu diingati oleh ibu-ibu. Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.










2. Amalan tradisi


Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.




3. Makanan herba


Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.








4. Minum air ikut keperluan


Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Untuk hasil optimum ambillah air masak 2-3liter sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Soya berupaya meningkatkan penghasilan susu kerana ia mengandungi kandugan protein yang dapat membantu dalam penghasilan susu ibu.




5. Posisi yang betul


Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan. - CARI Infonet




Sumber/Kredit: Blog Mummysayf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2016 05:22 PM | Show all posts
untuk ibu mngdung ..blhle ni.aku single.tt dah ada susu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 05:34 PM | Show all posts
jintan hitam tu habatus sauda
masa anak aku tak sampai setahun,
aku bergiat nak kuarkan susu yg banyak
siap beli jintan hitam tu letak kat opis
bila aku teringat je, aku makan secubit secubit
tapi... takde sangat pun susunya
nak wat anak aku tido malam tu boleh lah
tapi nak untuk pam, simpan stok, mmg takde
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 10:00 AM | Show all posts
saya pun susu dah kurang sekarang..susu pun dah campur susu formula..dah xdapat kumpul stock susu..tidur malam mesti anak nyusu kiri kanan ulang bberapa kali sebelum dia terlena..sian mesti dah xcukup susu..anak dh setahun 6 bulan..tips ni sesuai untuk yg baru bsalin je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 01:48 PM | Show all posts
kena ingt konsep supply n demand n klo mak keje kena rajin pump every 3hours n balik umah DL. nk lg cepat buat tandem pumping. tp if dok umah je lg senang anak uwek uwek sumbat je.

papepun kudos to u mommies still mampu nak bf anak walaupun tak lama or cmpur fm. do not stress urself ok?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 05:00 PM | Show all posts
minah_kidal replied at 18-3-2016 01:48 PM
kena ingt konsep supply n demand n klo mak keje kena rajin pump every 3hours n balik umah DL. nk lg  ...

agreed dgn konsep supply and demand tuh..

my 3rd baby dpt bf sampai 3 tahun sbb pump every 3 hrs tanpa skip..
my 4th baby pulak dpt 6 bulan je. huhu.. (kes skip skip pumping)

tips lain :- banyakan makan soy base.. x sure org lain berkesan ke tak.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2016 12:15 PM | Show all posts
ThuLE replied at 18-3-2016 05:00 PM
agreed dgn konsep supply and demand tuh..

my 3rd baby dpt bf sampai 3 tahun sbb pump every 3 hr ...

soy based diden work for me.. haha tp mmg btl pam kena rajin. mcm minah klo terskip 1 session, next session akan pam lama sket. alhamdulillah, anak 6 bulan still mampu lg bg susu walaupun ada certain tahap kita rasa nk give up n malas. sbb anak taknak formula so mak nye nak tak nak kena la jadi lembu jap. badan pun da kembang mcm lembu

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 04:51 PM | Show all posts
sapa ada pengalaman menyusu baby/pam susu masa puasa?
camne nak maintain susu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 10:07 AM | Show all posts
kiutkiut replied at 12-4-2016 04:51 PM
sapa ada pengalaman menyusu baby/pam susu masa puasa?
camne nak maintain susu?

pengalaman takde lg but based on research. sahur tu kena makan berat sket n makan kurma banyak sket and minum susu. and let say klo time keje pam 3x try buat 2x je klo tak nnt mmg gigil2 lapar. minah ingt nk try pose next week ke nk bg bdn biasa sket

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 10:25 AM | Show all posts
Banyak susu formula je
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 10:05 AM | Show all posts
posa taun lps tak ganti lg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
minah_kidal replied at 13-4-2016 10:07 AM
pengalaman takde lg but based on research. sahur tu kena makan berat sket n makan kurma banyak ske ...

Sy sahm. Start puasa sampai ari ke4 @ke 5 terlajak tdur. Xbangun sahur. Esoknya susu drop. Malam ok bila siang alahai. Anak macam xada masalah sebab dia pun dah makan bubur dll. Sy dah try minum sus blend dengan kurma. Telan kurma dari start buka dok kunyah smpai nak masuk tidur. Runsing..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.445102 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list