CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2574|Reply: 2

Tiram- Makanan Laut Yang Berkhasiat Tinggi

[Copy link]
Post time 21-3-2016 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO

sumber foto: http://www.meihuababe.com



Tiram atau oyster, selain menawarkan sejuta kelazatan kepada penggemarnya, juga menjanjikan banyak nutrisi penting bagi kesihatan.
Makanan laut ini mengandungi pelbagai mineral penting seperti zink, zat besi, kalsium dan kalium serta rendah lemak dan kalori.
Semakin banyak yang menyakini bahawa tiram berkhasiat bagi meningkatkan kesuburan, menguatkan sistem kekebalan tubuh badan, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok, membantu menurunkan berat badan, membina tulang yang kuat, mencegah anemia, dan lain-lain.





sumber foto: http://img04.abroad.imgcdc.com

Resipi Sup Rumpai Laut Tiram
Bahan-bahan:
50 gram tiram, rumpai laut, hirisan bawang hijau, sedikit garam dan serbuk perisa
Cara menyediakan:
1. Rendam rumpai laut kering dalam air sekurang-kurangnya 30 minit. Tuskan dan carik kecil-kecil.
2. Bersihkan tiram, lalu celur tiram ke dalam air panas. Kemudian, angkat dan tuskan.
3. Didihkan air, masukkan tiram dan rumpai laut.
4. Masukkan hirisan bawang hijau dan bubuh garam serta sedikit serbuk perasa.
5. Matikan api dan bersedia untuk menghidangkannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2016 02:07 PM | Show all posts
nyam..nyam..adoi.. npk oyster plak
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 05:22 PM | Show all posts
sedap ke tiram nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.261178 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list