CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1956|Reply: 2

Resipi Ketam Masak Lemak Cili Padi

[Copy link]
Post time 27-3-2016 08:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mshaiful at 27-3-2016 08:56 PM

Harini test power masak menu ni.


Bahan-Bahan
  • Ketam 4 ekor (1kg) belah dua
  • Kelapa parut sebiji
  • Cili padi hijau 7 biji
  • Serbuk kunyit 3/4 sudu kecil
  • Bawang merah 1 biji
  • Serai 3 batang (kalau kecil, ambil 6 batang)
  • Garam kasar untuk perasa

Persediaan sebelum memasak
  • Cabut kesemua sepit besar dari badan ketam. Kemudian ketuk sedikit dengan anak lesung batu bagi retak supaya kuah meresap ke dalam isi sepit dan senang nak makan nanti .
  • Potong bawang merah dan cili padi hijau ke saiz yang sesuai untuk ditumbuk. Masukkan kedua-dua bahan tersebut ke dalam lesung batu berserta dengan serbuk kunyit. Tumbuk sehingga lumat.
  • Potong serai dan masukkan ke dalam lesung batu. Tumbuk sekali-dua.
  • Keluarkan hasil tumbukan dari lesung batu dan masukkan ke dalam kuali berserta sepit ketam. Jangan nyalakan api lagi.
  • Bersedia untuk perah santan. Kita akan bahagikan kepada 2 peringkat perahan. Perahan pertama adalah santan yang pekat, manakala perahan kali kedua yang cair sedikit. Perahan santan pekat disukat sehingga penuh lesung batu. Perahan kali kedua yang cair kita perah terus ke dalam kuali tadi. Sukatannya kita anggar bagi sepit-sepit ketam tu separa tenggelam. Ok selesai bab santan.

Cara Memasak
  • Hidupkan api sederhana dan kacau sepit-sepit ketam dengan bumbu bersama santan cair sehingga sepit ketam menjadi merah. Mungkin 3-4 minit. Jika ada sepit yang terkopak dan isi terkeluar tiada masalah, nanti kuah akan jadi lebih sedap.
  • Masukkan badan-badan ketam pula.
  • Masukkan santan pekat dari dalam lesung batu. Kalau sukatan cantik, badan-badan ketam akan separa tenggelam.
  • Kacau dengan konsisten sampai hampir-hampir mendidih.
  • Masukkan garam kasar sedikit. Teruskan mengacau.
  • Anda boleh mencuba rasa di peringkat ini tetapi kemungkinan besar ada rasa ketam mentah sebab masih belum masak. Oleh itu, tunggu dalam 3-4 minit lagi dan buat percubaan rasa. Jika kurang, tambah apa yang patut. Kalau ikut pengalaman saya, baik kurang masin dan manis daripada terlebih. Santan dan ketam ada rasa manis/masin ia tersendiri.
  • Tutup periuk dan biarkan masak lebih kurang 2 minit lagi.
  • Selesai, padamkan api. Tunggu sejuk dah boleh makan.

Tips
  • Kalau ada seekor ketam yang bertelur, kuah akan jadi lebih lemak. Tapi kalau semua ketam bertelur jadi tak sedap pula.
  • Kalau simpan lebih dari 8 jam dan panaskan balik pasti lebih pekat dan sedap.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2016 09:21 PM | Show all posts
kalau saya masak, saya bubuh juga lengkuas dan halia yang ditumbuk sekali dengan bawang dan cili padi.
Serai tu diketuk2 je.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2016 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 27-3-2016 09:21 PM
kalau saya masak, saya bubuh juga lengkuas dan halia yang ditumbuk sekali dengan bawang dan cili pad ...

Thanks dear
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.182735 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list