CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2649|Reply: 2

Kenapa Si Isteri Selalu Rasa Tertekan? Nah, Suami Perlu Tahu Ini

[Copy link]
Post time 28-3-2016 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Apabila sudah berkahwin, tak semestinya bahagia dan indah selalu. Pasti ada pasang surutnya. Lumrah kehidupan rumah tangga.

Mungkin ada suami yang berasa pelik apabila isteri kadang-kadang marah-marah apabila anda pulang dari kerja. Sedangkan bagi anda, apabila anda balik rumah, semua perkara telah disediakan oleh isteri dan menganggap rumah ibarat syurga.



Anda sebagai suami perlu tahu kenapa si isteri bersikap marah atau asyik tertekan. Jom ambil tahu kenapa si isteri sering 'stress'.




1. Wanita dinilai dengan cara yang berbeza berbanding lelaki

Jika anak keluar rumah dengan pakaian yang tidak sesuai bersama si ayah, orang akan melihat dan berfikir, “Wah, bagus ayah dia, sanggup luangkan masa layan anak.”

Tapi jika anak berjalan dengan si ibu dengan penampilan begitu, pandangan orang akan berbeza terutama wanita lain. Mereka berfikir, “Ibu apa macam ni, pilih baju anak pun tak pandai. Jadi isteri mahu anak dalam keadaan elok sentiasa supaya pandangan orang lain terhadap dirinya juga elok.

2. Tertekan dengan penilaian orang lain

Wanita akan rasa tertekan apabila penampilan suami di tempat kerja dan anak di sekolah. Sekiranya tidak kemas dan tidak elok, orang akan menyangka mereka tidak menjaga minum pakaian suami dan anak-anak.

3. Suara hati isteri lebih tajam  
Suami mungkin tidak perasaan pandangan keluarga sekiranya lambat hadir ke majlis atau kenduri keluarga. Ini salah satu penyebab stres kerana isteri faham akan pandangan ahli keluarga mertua sekiranya anda lambat sampai. Disebabkan itu kadang-kadang isteri marah kalau terlambat atau tidak menepati masa.

4. Selalu tak cukup tidur
Seperti diketahui manusia memang memerlukan tidur yang cukup. Jika tidak cukup tidur, semua perkara tergendala. Isteri perlu tidur yang cukup kerana mereka penat menguruskan rumah tangga. Kalau boleh suami tolong-tolonglah juga terutama apabila anak anda menangis ditengah malam.

5. Melaksanakan kerja rumah sangat penting
Isteri akan pastikan keadaan rumah kemas. Apa juga keadaan, mereka akan pastikan rumah tidak berselerak. Ini dikira seperti markah buat isteri yang mana mereka dinilai dalam menguruskan rumah tangga.

6. Suami tidak memahami
Pernah atau tidak anda pulang dari kerja tiba-tiba anda minta itu ini dari isteri. Kemudian di dapur ada bunyi bising seperti keletung keletang. Itu tandanya isteri sedang menunjukkan emosinya. Jadi silalah bantu dan jangan meminta sahaja.

7. Isteri memiliki darah jenis A

Wanita dalam golongan darah jenis A biasanya teratur dan sangat terperinci. Jadi dia sangat terbeban dengan keadaan rumah yang tidak terurus atau bersepah. Suami pula boleh melihat perkara ini seawal perkahwinan lagi. Jika dia sentiasa mengemas sebaiknya suami jangan sepahkan. Jika tidak isteri boleh stres.




Kredit : Vanilla Kismis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2016 06:32 PM | Show all posts
Toksoh dengole sore org..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 07:18 PM | Show all posts
pndapat saya

salah 1 sbb prmpuan slalu stress lpas kahwin coz x de tmpat ngadu...kdg2 ada masalah dgn hubby, tp x kn nk cerita dgn kawan2 or ahli family..mbuka aib suami n buat org fikir negatif psal suami...kalo ada masalah dgn anak2, diri sendri or uruskn rumah, kadang2 suami terlalu bz utk amik tau...hubby tau sume dah setel...dia pn byk bnda nk fikir n malas nk amik tau pkara2 yg dirasakan remeh...

lg 1, prmpuan slalu ada mood swing..x ramai lelaki cuba memahami keadaan wanita bila cmni...siap ada yg kata PMS tu ngarut, perempuan yg lemah tak bleh kawal emosi...

ntah la..kdg2 pempuan ni juz nk hubby yg prihatin n good listener...coz lelaki cenderung bg solution bbanding dgr elok2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.631769 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list