[/url] TUN Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton berkuatkuasa serta merta. Pada masa sama, Tun Mahathir turut melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Group Of Lotus plc, anak syarikat penuh Proton.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Proton, pihaknya menghormati keputusan Tun Mahathir dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan dedikasi sepanjang menjadi Pengerusi Proton sejak dari 2014.
” Kami mengucapkan terima kasih dan mengiktiraf peranan Tun Mahathir sebagai pencipta syarikat kenderaan nasional,” tambah Proton.
SUMBER: [url=http://pandulaju.com.my/tun-mahathir-letak-jawatan-pengerusi-proton/]Pandulaju.com.my
|