CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1874|Reply: 10

[Tempatan] Perhimpunan Bantah GST berlangsung petang ini

[Copy link]
Post time 2-4-2016 01:46 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Meskipun tidak mendapat kebenaran pihak polis, satu perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dijangka bakal diadakan di ibu negara, petang ini.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Parti Amanah Negara (PAN) bersama PKR dan DAP itu diadakan bagi membantah cukai GST yang genap setahun pelaksanaannya semalam.

Ia dijadualkan akan diadakan  di Dataran Merdeka.

Kumpulan penyokong dijangka akan menyertai perhimpunan itu dengan berkumpul di Pusat Beli Belah Sogo di ibu negara sekitar 2.00 petang sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Sekretariat Bantah GST sebelum ini dilaporkan turut mengesahkan ia bakal disertai pemimpin pembangkang selain bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semalam pihak polis memaklumkan belum menerima dokumen lengkap daripada penganjur .

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata berikutan penganjur tidak melengkapkan permohonan,  notis itu tidak dapat diproses seperti mana Jadual Keempat Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

"Pada perjumpaan pertama bersama penganjur pada 23 Mac (Rabu) lalu, mereka telah dimaklumkan untuk melengkapkan permohonan dan mengedarkan notis namun sehingga kini tiada dokumen lengkap diterima.
"Selain itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga memaklumkan kepada polis bahawa pada hari sama (Sabtu), Dataran Merdeka tidak boleh digunakan kerana terdapat persiapan bagi program Car Free Morning pada esoknya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Jumaat.

Beliau juga menasihatkan penganjur mencari lokasi alternatif seperti di Padang Merbok, padang Kelab Dewan Sultan Sulaiman atau mana-mana tempat yang bersesuaian.                                                
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2016 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
xmndapat sambutan ke... biasala lama2 dah terbiasa akn lupa dan redho dgn ketentuan takdir
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau xde gst,harga barang tetap sama jer. Tak mungkin turun harga.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 10:11 PM | Show all posts
Nah korang kalau nk balas dendam kt GST!!!

Masa nilah nak tuntut balik duit kita yg abis kt gst tahun lepas. Harapnya penganjur tak menipu la kan.

Peraduan Jom Minta Resit GST



Ni pautan peraduan: http://www.myresitgst.com.my

Oklah isi borang dalam talian. Takyah keluar duit beli setem.

Good Luck!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 10:13 PM | Show all posts
Nah korang kalau nk balas dendam kt GST!!!

Masa nilah nak tuntut balik duit kita yg abis kt gst tahun lepas. Harapnya penganjur tak menipu la kan.

Peraduan Jom Minta Resit GST



Ni pautan peraduan: http://www.myresitgst.com.my

Oklah isi borang dalam talian. Takyah keluar duit beli setem.

Good Luck!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 10:20 PM | Show all posts
Happy Birthday GST! Semoga pendek umur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2016 10:21 PM | Show all posts
Happy Birthday GST! Semoga pendek umur
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 10:21 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 2-4-2016 10:13 PM
Nah korang kalau nk balas dendam kt GST!!!

Masa nilah nak tuntut balik duit kita yg abis kt gst tah ...

boleh menang ke mak we?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2016 10:24 PM | Show all posts

Cuba ajelah dari duk buang resit merata.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 10:28 PM | Show all posts
Hairanlah lah dia orang ni apasal bantah GST? Dulu kan menteri dah bagi tau selepas GST barang barang akan turun harga, jadi kita tunggu jelah barang turun harga dan ucapkan terima kasih kepada Dato najip.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 10:30 PM | Show all posts

Cuba ajelah dari duk buang resit merata.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.073336 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list