Argentina - PELUMBA Malaysia pertama yang memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina, Khairul Idham Pawi memberikan contoh menarik dalam sebuah video yang viral hari ini.
Video yang dimuatnaik ke Facebook awal pagi tadi menunjukkan Khairul Idham melarikan diri dari podium sebelum disembur arak yang dibuka oleh pelumba bukan beragama Islam.
'Sembur arak' merupakan satu trend yang seringkali disaksikan apabila pelumba bukan Islam membuka arak di atas podium dan menyemburkannya ke arah satu sama lain atau orang ramai.
Tindakan pantas Khairul Idham mendapat pujian pelayar laman sosial yang beragama Islam.
"'Respect' diharap beliau akan terus dapat mempertahankan jati diri Islam.. Amin," kata pelayar, Shahrir.
"Tahniah... Alhamdulillah.. kita jaga agama ALLAH SWT, ALLAH SWT jaga kita. Kita menangkan agama ALLAH SWT, Insya ALLAH ALLAH SWT menangkan kita," balas Ana Zaujah pula.
Khairul yang berusia 17 tahun yang merupakan pelumba dari pasukan Honda Team Asia berjaya mencatat masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina.- Sinarharian
so ? brlambak je bdk melayu mabok dkt club tu ? yg komen puji2 ni mesti set2 tk kluar umh. kwan dgn dak masjid je. kalo aku salah sory la. tpi mgkin dia ni bdk baik tk mnom arak. tpi yg aku kenal smua mnom arak
apa aku cuba nk smpikan kalo btol dia mmg tk sentuh arak bgoslaa. aku hrp dia tk puakan hati ummah mcm ko je. aku ckp based on my experience. so masing2 ada pndangan masing2.