CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2957|Reply: 0

Bro, Tahu Tak? Berdengkur Berisiko Tinggi Menghidap OSA!

[Copy link]
Post time 6-4-2016 01:35 PM | Show all posts |Read mode




Oleh : TS LOO




Tidur, perkara yang paling disukai ramai terutama kalau dapat tidur selepas seharian bekerja keras menggunakan tenaga.


Tapi, apa perasaan anda bila saja hendak pejamkan mata, kawan di sebelah berdengkur macam enjin turbo! Perkara ini mungkin ramai yang sudah alami, lebih-lebih lagi kaum isteri.






Krohh!Krohh!Krohh! Tiba-tiba anda terjaga dalam keadaan seolah-olah baru dapat bernafas. Isteri atau rakan di sebelah pun beritahu anda macam tercekik sahaja ketika tidur. Jika berlaku situasi sebegini kepada anda, ketahuilah anda mungkin penghidap OSA!


OSA atau Obstrictive Sleep Apnea ialah gejala di mana saluran pernafasan anda menyempit dan tertekan ketika sedang tidur, sehingga pernafasan terhenti seketika dan menyebabkan penghidapnya tersedak dan terjaga dari tidur. Biasanya saluran pernafasan kita rileks dan berada pada posisi sepatutnya, tetapi tidak bagi penghidap OSA.




Antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko anda menghidap OSA ialah:





sumber foto: http://myrujukan.com/

Jantina -
OSA boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tetapi kajian menunjukkan 80% penghidap OSA adalah LELAKI!






Obesiti -
Mungkin ada di antara kawan-kawan kita yang kelihatan seolah-olah tiada leher. Ini disebabkan oleh lemak berlebihan di leher dan boleh meningkatkan risiko terkena OSA. Begitu juga orang yang memiliki perut buncit.






Berumur 40 tahun dan ke atas -
Gejala ini biasanya terkena kepada orang yang berumur 40 tahun ke atas dan tidak sedikit juga orang muda yang menghidapinya. Jadi, jangan rasa selamat!





sumber foto : http://i233.photobucket.com/

Memiliki leher yang besar -
Cuba ukur leher anda. Jika ukurannya yang lebih besar dari 43cm, berkemungkinan besar anda senang menghidap OSA





Hidung tersumbat -
Polip dan kelainan struktur hidung biasanya boleh menyebabkan hidung tersebut. Ini menyebabkan risiko menghidap OSA lebih tinggi.







sumber foto: http://cdn-2.tstatic.net/

Merokok -
Umum kita semua sudah tahu bahaya rokok pada saluran pernafasan. Antaranya risiko menghidap OSA.







sumber foto:

Pengambilan minuman keras -
Kerap minum minuman keras juga boleh menyebabkan OSA, lebih-lebih lagi kerap diambil sebelum tidur.






Amalkanlah cara hidup sihat dan tidur dengan cara yang betul. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati! Jom, mulai sekarang ubah gaya hidup demi kehidupan yang lebih behagia. - CARI Infonet







sumber info: www.sihatlelaki.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.054682 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list