CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2117|Reply: 10

[Dunia] Kerusi penulis Harry Potter, J.K. Rowling, dilelong pada harga RM1.5 juta

[Copy link]
Post time 8-4-2016 11:15 AM | Show all posts |Read mode
NEW YORK: Kerusi yang digunakan oleh menulis British, J.K. Rowling, sewaktu menyiapkan dua jilid awal novel siri Harry Potter telah dilelong pada harga AS$394,000 (RM1.53 juta) di New York pada Rabu.

Kerusi kayu oak dengan rekaan era 1930-an itu adalah sebahagian daripada set berempat yang diberikan percuma kepada Rowling ketika beliau tinggal di rumah bersubsidi di Edinburgh, Scotland.

Firma lelongan, Heritage Auctions, berkata harga yang dicapai itu adalah termasuk cukai dan telah meningkat 14 kali ganda daripada nilai lelongan asalnya pada 2009.

Penulis berusia 50 tahun itu menggunakan kerusi tersebut ketika menulis ‘Harry Potter and the Philosopher's Stone’ dan ‘Harry Potter and the Chamber of Secrets’ yang diterbitkan pada tahun 1997 dan 1998.

“Ia adalah yang paling selesa. Sebab itulah ia ditelakkan secara kekal di depan mesin taip saya. Secara nostalgia, saya sedih berpisah dengannya,” kata Rowling dalam surat keterangan yang mengiringi kerusi berkenaan.



Rowling menyumbangkan kerusi itu pada 2002 kepada firma lelongan untuk menaungi kebajikan Persatuan Pencegahan Kezaliman Kanak-Kanak Kebangsaan.

“Anda mungkin tidak merasakan kerusi ini cantik, namun janganlah menilai apa yang anda lihat secara zahir. Saya menulis Harry Potter ketika duduk di atasnya,” tulis Rowling berserta tandatangannya dalam surat keterangan itu.
Harry Potter telah mencetus fenomena dunia dan telah diterjemah ke 67 bahasa. Novel itu dijual sebanyak 450 juta naskhah dan dikatakan telah menghidupkan semula minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Ia juga telah diadaptasi ke layar perak dengan hasil kutipan tayangan bertahap blockbuster.


- astro awani

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
akak boleh tempah kerusi ni siap dgn tulisan pelbagai tu dgn harga lebih murah
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:36 AM | Show all posts
kakiah12 replied at 8-4-2016 11:20 AM
akak boleh tempah kerusi ni siap dgn tulisan pelbagai tu dgn harga lebih murah

hehe...macam2 pattern bole buat kan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:57 AM | Show all posts
sanggup pulak dia berpisah dengan kerusi tu.. kerusi yang penuh kenangan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mna thu j penoh selek tahi hidung dia kat krusi tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 12:07 PM | Show all posts
Lantak lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2016 12:33 PM | Show all posts
chacon replied at 8-4-2016 12:10 PM
aku pun nak lelong juga lah kerusi aku.. penuh sentimental value ni. rm600 je termasuk gst. nak pm ...

choiii hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 01:05 PM | Show all posts
chacon replied at 8-4-2016 12:10 PM
aku pun nak lelong juga lah kerusi aku.. penuh sentimental value ni. rm600 je termasuk gst. nak pm ...

jadah kerusi neh ada bekas pungkoq bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu astro ade tunjuk kisah hidup JKR ni sebelum fames

Macam mana hidupnya susah sebelum buku2nya diterbitkan
Tinggi sungguh daya imiginasinya menulis buku berkaitan hidup kanak2 yang sesuai dibaca oleh semua golongan. Tabik spring..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2016 06:59 PM | Show all posts
hy follow me please

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 8-4-2016 12:01 PM
mna thu j penoh selek tahi hidung dia kat krusi tu

Oit...jijik la     
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.268390 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list