CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3822|Reply: 2

5 Jenis Makanan Yang Dilarang Makan Oleh Bayi

[Copy link]
Post time 8-4-2016 05:02 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO


Ibu bapa lazimnya terlalu teruja untuk memperkenalkan makanan kepada bayi yang baharu mula makan makanan berbentuk pejal.


Ibu bapa beranggapan sudah memberikan makanan yang terbaik kepada si manja. Tetapi tanpa diketahui kita sebenarnya telah memberikan makanan tidak sihat kepada si kecil. Ini kerana bayi tidak memerlukan banyak kalori, apa yang diperlukan adalah makanan yang kaya dengan nutrisi.


Ketahui beberapa jenis makanan yang masih dilarang untuk bayi.





1. Jus
Eh! Bukankah jus adalah minuman yang berkhasiat? Ya, jika yang meminumnya orang dewasa atau kanak-kanak sudah besar. Itu pun jika tidak menambah gula dalam jus tersebut. Namun, jus adalah minuman tidak sihat kepada bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah, namun proses pembuatannya membuatkan khasiat baik daripada buah telah tiada. Lebih baik sajikan buah sahaja kepada bayi.











2. Makanan proses
Kesibukan dan tidak sempat biasanya jadi alasan buat ibu bapa, hasilnya memberikan makanan proses kepada bayi seperti daging burger proses, sosej atau nuget.
Ini kerana makanan proses telah kehilangan segala khasiatnya semasa proses pembikinan. Lebih baik buat sendiri makanan olahan seperti nuget ayam yang dihasilkan daripada daging ayam yang dicincang dan dicampur dengan sayuran. Lebih sedap dan berkhasiat.




3. Minuman berkarbonat
Kadang kala ada ayah atau ibu yang selamba memberikan bayi mereka merasa minuman berkarbonat yang sedang diminum. Alasannya kerana kasihan dengan wajah comel yang melihat minuman tersebut. Hakikatnya ia minuman terburuk jika diminum oleh bayi. Selain tidak berkhasiat, kandungan gula yang ada dalam minuman berkarbonat sangat tidak bagus untuk perkembangan gigi si manja.





4. Biskut
"Alah sikit je  bagi baby rasa biskut ni." Mungkin bagi kita tidak mengapa bagi bayi merasa biskut yang kita makan. Tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kesihatan bayi kerana kandungan gula yang terlalu berlebihan dapat mengganggu pertumbuhan gigi serta berisiko obesiti. Lebih baik anda biasa beri bayi potongan buah-buahan sebagai makanan selingan.






5. Agar-agar
Sememangnya ia kelihatan menarik dan berselera. Apatah lagi jika si kecil melihatnya. Tetapi awas, jangan bagi bayi makan puding atau agar-agar kerana banyak kandungan gula, perasa dan pewarna buatan. Jika mahu sediakan makanan pemanis mulut kepada bayi, buat daripada olahan buah-buahan tanpa menambah gula, pewarna atau perasa.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 10:29 AM | Show all posts
Kenape tak senang jus?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
betul ke ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.048268 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list