View: 1122|Reply: 0
|
Moratorium Perlombongan Bauksit Dilanjut 3 bulan Lagi
[Copy link]
|
|
Semalam kabinet bersetuju melanjutkan moratorium perlombongan bauksit di Kuantan untuk tempoh tiga bulan lagi.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata moratorium yang sepatutnya berakhir 15 April ini, dilanjutkan bagi membolehkan stok simpanan bauksit sedia ada dieksport.
"Sekiranya dalam tempoh lanjutan tiga bulan ini tidak dapat diselesaikan (pengeksportan dan pembersihan bauksit), kita akan mohon kepada Kabinet untuk dilanjutkan," katanya pada sidang media semalam."
Tambah beliau, dalam isu ini kementeriannya akan menjadi pemudah cara untuk pengeksportan bauksit dengan memberi permit eksport (AP) mengikut kapasiti bulanan sama ada melalui Pelabuhan Kemaman atau Pelabuhan Kuantan.- CARI Infonet
sumber berita : BHOline |
|
|
|
|
|
|
| |
|