View: 4583|Reply: 22
|
[Tempatan]
Projek Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dibantah
[Copy link]
|
|
AMPANG: Sekumpulan pencinta alam sekitar dan pendaki bukit, hari ini mengadakan bantahan berhubung cadangan pembinaan Projek Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang akan membabitkan penerokaan sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Sungai Putih di sini.
Mereka terdiri daripada kumpulan 'Save Green Lungs', Persatuan Pendaki Bukit Ampang serta penduduk-penduduk setempat.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai, Tiew Way Keng, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah mengeluarkan notis bahawa status Hutan Simpan yang terbabit dalam projek pembinaan lebuh raya berkenaan akan dikeluarkan daripada Hutan Simpan Bukit Sungai Putih.
"Kami akan hantar semua tandatangan yang telah kami kumpulkan dalam bulan lepas, kepada Jabatan Perhutanan, pada Selasa pukul 10 pagi. Menurut sebuah notis oleh Jabatan Perhutanan, mereka akan mengambil status hutan simpan dari sebahagian daripada Bukit Sungai Putih.
"Itu adalah berita yang sangat mengejutkan untuk kita semua kerana Bukit Sungai Putih adalah satu-satunya bukit di pusat bandar yang membolehkan penduduk untuk pergi untuk mendaki dan sebuah tempat untuk mengekalkan ekosistem di pusat bandar," kata Tiew.
Projek bina SUKE dibantah kerana terokai hutan simpan
Sementara itu, seorang ahli 'Save Green Lungs' dan pendaki bukit, Jessy Phuah berkata kawasan bukit Sungai Putih adalah sebuah syurga buat pendaki kerana suasana redup dengan air terjun semulajadinya.
"Beratus pendaki datang ke sini pada setiap hujung minggu. Bukit-bukit ini bagaikan sebuah taman rimba komuniti, di mana sukarelawan mengutip sampah, membaiki laluan yang curam, menyediakan hemok serta meja untuk perkhemahan dan meletakkan papan tanda untuk kemudahan pendaki.
"Malah, ada sukarelawan menyediakan air untuk pendaki. Inilah semangat gotong-royong di Malaysia di mana masyarakat melakukan kerja penyelenggaraan secara percuma," tambah Jessy.
Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 kilometer itu, bermula dari Sri Petaling, melalui Sungai Besi, Alam Damai, Cheras- Kajang, Taman Bukit Permai, Taman Putra, Taman Permai Jaya, Taman Dagang Permai , Taman Kosas , Ampang dan Taman Hillview sebelum keluar di Hulu Kelang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sayang kat hutan ke atau highway nak lalu kat rumah diorang sampai meroyan mcm ni ah beng? |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon x suka suke ni.... semak ok area umah aku ngan duke, suke... semua buat aku stress gi keje balik keje |
|
|
|
|
|
|
|
buat je jalan berlapis..... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah duke mesti laa nak ada suke..baru la belen...
suke duke kehidupan... |
|
|
|
|
|
|
|
jengkoil replied at 11-4-2016 08:56 AM
Dah duke mesti laa nak ada suke..baru la belen...
suke duke kehidupan...
Haah, btol gak..... xkan nak berduke jer kan..... mesti ada masa suke...... lol |
|
|
|
|
|
|
|
"Suke suki je korang bina SUKE" |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha make sense kata2 ko tu
|
|
|
|
|
|
|
|
nak bantah mende...jalan pun tgh buat, bukit pun dah tarah... |
|
|
|
|
|
|
|
rasa mcm semak je nanti, dh la aku stay area2 y dimention kan |
|
|
|
|
|
|
|
hahhaha...terbaik
|
|
|
|
|
|
|
|
ya tak ya jugak
PLUS SUKE DUKE
|
|
|
|
|
|
|
|
jika tak buat, jalan sedia ada akan semakin semak.
rasanya..eloklah buat...kurang sikit semak kat MRR2
|
|
|
|
|
|
|
|
oh yeke, ikotlah mana2 yg terbaik untuk pengguna jalan...
|
|
|
|
|
|
|
|
bantah je pembangunan kat ampang ni. makin banyak bangunan pastu jam cam haram. |
|
|
|
|
|
|
|
elok la xyah buat, semakkkk .. ampang ni dah la jem .. buat construction, highway ni lagi, lagi berduke kitaorg .. bukannye suke pun |
|
|
|
|
|
|
|
semak sesak la ampang ni sampai la siap SUKE tu
dah la sesak skang pun dah sesak |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia ni bina banyak mana highway pun tetap akan jem...
Ini nak ambil kawasan hutan simpan pula:..semua benda nak tarah..bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
cheras dah ada mrt. apa lagi nak |
|
|
|
|
|
|
| |
|