View: 40582|Reply: 776
|
[Tempatan]
Lebih 30,000 hadir dengar ceramah Dr Zakir Naik di Terengganu
[Copy link]
|
|
Lebih 30,000 orang memenuhi Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Nerus malam tadi untuk mendengar ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik.
Orang ramai mula memenuhi stadium pada jam 8 malam dan ada yang terpaksa mendengar ceramah di bahagian luar kerana semua tempat duduk dalam stadium dipenuhi.
Dr Zakir, 50, yang tiba di negeri ini kelmarin, menyampaikan ceramah bertajuk 'The Importance of Unity Among Muslim Ummah' selama dua jam bermula 9.45 malam.
Orang ramai berpeluang menyoal Dr Zakir sejam selepas itu.
Sebelum menceburi bidang dakwah, beliau terlatih sebagai doktor perubatan.
Dr Zakir yang pertama kali ke Terengganu akan berada di sini selama lima hari dan menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.
Kehadiran beliau adalah bagi memenuhi undangan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang berhasrat meluaskan aktiviti dakwah di negeri ini.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
dgr cite ade nk wat rusuhan.. so, ade ke tak smlam rusuhan tu? |
|
|
|
|
|
|
|
dgr cite ade nk wat rusuhan.. so, ade ke tak smlam rusuhan tu? |
|
|
|
|
|
|
|
bakpe nak rusuhang pulok org kapung @dino ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
rusuhan apa pula? set kling hindra tu ke? mai kacau darul iman, memang cari pasal lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ilmuwan Islam terkenal, Dr Zakir Naik menyampaikan syarahan bertajuk 'The Importance of Unity Among the Muslim Ummah'⁠⁠ di Stadium Tertutup Gong Badak pada Ahad malam. 
-fotoBERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
MIC, NGO India gesa syarahan Zakir Naik dihentikan
http://www.malaysiakini.com/news/337283
10 Apr 2016, 6:26 petang  10 Apr 2016, 6:42 petang
Seorang Pemuda MIC dan gabungan NGO kaum India, RAPAT hari ini membuat laporan polis terhadap pendakwah Islam popular Dr Zakir Naik, yang dijadual akan menyampaikan syarahan di Melaka mengenai persamaan antara agama Hindu dan Islam.
Ketua Pemuda MIC Sembilan itu mendakwa penceramah itu, seorang warga India, sebelum ini pernah menghina penganut agama Hindu dan Kristian pada syarahan di UiTM Shah Alam.
"Kami mahu kuliah ini (di Melaka) dibatalkan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan selepas membuat laporan di Balai Polis Seremban.
Perkara itu turut disuarakan oleh RAPAT, yang berkata kandungan syarahan Zakir bersifat "fitnah terhadap agama-agama lain".
Rapat membuat laporan polis terhadap kuliah yang akan diadakan di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka pada 17 April, di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur.
Zakir pada tahun 2013 dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah peringkat antarabangsa oleh Yang di-Pertuan Agung.
Bagaimanapun, personaliti televisyen itu dihalang daripada bercakap di Singapura dan diberitahu oleh kerajaan Kanada pada tahun 2010 bahawa beliau tidak akan dibenarkan masuk ke negara itu.
Beliau juga telah dihalang daripada memasuki United Kingdom.
Bagaimanapun, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Zakir adalah seorang pendakwah yang terkenal di dunia dan kuliahnya telah meyakinkan beribu orang untuk memeluk Islam.
"Ribuan manusia menganut Islam kerana ceramahnya. Jutaan muslim mendapat manfaat dari penghujahannya," kata Asri. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah mereka faham? Ataupun mereka pergi mendengar disebabkan oleh orang pergi?
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah mereka faham? Ataupun mereka pergi mendengar disebabkan oleh orang pergi?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia Ni agak extreme.x sesuai dgn Malaysia.pakistan dgn bangla sesuai sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa tetiba kau nak samakan Islam dengan Hindu? Tak konsisten kan stok2 neh sume menyampah |
|
|
|
|
|
|
|
DZK hafal Quran, Hafal Bible, Hafal Rig Veda , Hafal Guru Granth Sahib, hafal Tripitaka, ko ada?
Sebab tu dia pakar dlm pembandingan AGAMA...
|
|
|
|
|
|
|
|
rusuhan mana plak... dr kaum india ka....
brp kerat sgt india kat trg tuh..... btw aku tak pernah dgr ceramah dr zakir ni.... tp die paham agama hindu kan... sbb tu hindraf tak selesa...
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni kenal semua agama n hafal kitab2 ..knowledge dia ttg agama mmg kagum la.
|
|
|
|
|
|
|
|
maybe die kritik agama lain.... dont know la tak pernah dgr...
btw islam tu hari2 kena hina.... dgn penganut yg tarak rupa islam tp mengaku islam...
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah dgr....
so siapadgr semalam?
cer kasi summary |
|
|
|
|
|
|
|
lu pulak tang bisa ular pun belum pass lagi...tapi post cam dah habis pandai
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba kenal dia...dia bukan extreme tapi dia seorang ugamawan yang berani bercakap benar....
|
|
|
|
|
|
|
|
Dr Zakir Keluarkan Kos Sendiri Untuk Berdakwah - MB Terengganu
http://www.mstar.com.my/berita/b ... uarkan-kos-sendiri/
Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 9:55 AM
KUALA NERUS: Kerajaan Negeri Terengganu tidak mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membawa tokoh pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ke negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Beliau menjelaskan hanya penginapan dan makan tokoh ilmuan Islam itu dibiayai kerajaan negeri manakala perbelanjaan lain dibiayai sendiri oleh Dr Zakir menerusi Islamic Research Foundation.
"Kerajaan negeri hanya menyediakan (menanggung) penginapan dan makan minum sepanjang beliau berada di sini," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi, ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri mengeluarkan kos yang banyak bagi membawa Dr Zakir ke negeri ini.
Ahmad Razif berkata Dr Zakir sememangnya pejuang agama yang wajar dicontohi malah rakyat Terengganu bertuah kerana pendakwah terkenal itu bersetuju hadir untuk menyampaikan ceramah.
Undangan kepada Dr Zakir, 50, dibuat pada tahun lepas apabila Ahmad Razif bertemu tokoh ilmuan Islam itu di Korea Selatan semasa melakukan lawatan kerja.
Terdahulu, dalam ceramah bertajuk 'The Importance of Unity Among Muslim Ummah' (Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Ummah Islam" selama dua jam di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, Dr Zakir menekankan akan pentingnya bersatu dalam mengukuhkan Islam.
Katanya umat Islam perlu mengelak perbalahan sesama sendiri kerana ia hanya akan merosakkan perpaduan serta amat merugika.
Sesi ceramah bermula pada 9.45 malam dan disusuli dengan sesi soal jawab sebelum tamat kira-kira 1 pagi. Hampir 30,000 orang memenuhi bahagian dalam dan luar stadium untuk mengikuti ceramah itu.
Dr Zakir yang pertama kali berkunjung ke Terengganu akan berada di sini selama lima hari dan dijadual menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk universiti.
Sebelum menceburi bidang dakwah, Dr Zakir yang pernah dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa pada 2013, terlatih sebagai doktor perubatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dr. Zakar ni kalu dengar nama Ali Sina seorang aethis gerun...Mubaligh kristian kat London dah cabar berkali-kali si Zakar ni tapi takut..baik kita pakat2 dengar Haji Najib bagi ceramah, ada juga faedahnya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|