View: 2509|Reply: 2
|
Bayi Belajar 2 Bahasa, Otaknya Sehebat CEO!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Tahukah anda bayi yang terbiasa berkomunikasi dalam dua bahasa sejak kecil cenderung menjadi lebih pintar?
Ada kajian mendapati bayi yang dibesarkan dalam rumah tangga bilingual menunjukkan aktiviti otak yang sangat tinggi, bahkan ketika mereka baru berusia 11 bulan.
Malah, memetik laman Wonder Woman India Today, bayi tersebut memiliki otak setaraf dengan fungsi eksekutif. Otak mereka berkembang sedemikian rupa hingga mereka mampu memiliki kemampuan mental untuk memecahkan masalah, memfokuskan dan mengalihkan perhatian kepada topik tertentu.
Dalam kajian yang dilakukan, bayi yang terbiasa dengan bahasa Inggeris dan Sepanyol di rumah memiliki respon otak yang lebih kuat. Berbanding dengan bayi monoliingual yang hanya bertutur bahasa Inggeris atau Sepanyol sahaja.
Rumusan didapati bahawa bilingual di rumah bukan sahaja membentuk perkembangan bahasa, sebaliknya perkembangan kognitif secara umum. - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google)
Sumber: Merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
blaja bahasa melayu dgn english berkembang tak otak bayi tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|