|
Oleh Adib ZA
(Sumber foto: Carian google)
Rasa sayang dengan periuk yang baru dibeli, baru dipakai sekali dua sudah menjadi hitam di bawah 'bontot'nya.
Begitu juga dengan kuali, semuanya hitam-hitam belaka sampai rasa geram pula.
Jangan risau, anda boleh cuba hilangkan jelaga dan hangus pada bawah periuk dengan petua mudah ini, seperti yang dipetik daripada portal Rasa:
Bahan-bahan:
Periuk
Minyak masak
Cara-caranya:
1. Bersihkan bahagian luar periuk dan keringkan.
2. Sapukan lapisan nipis minyak masak pada bahagian dalam dan luar periuk setiap kali sebelum ia digunakan.
3. Insya-Allah periuk anda tidak akan menjadi hitam. - CARI Infonet
Sumber: Rasa.my |
|