CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2254|Reply: 9

[Tempatan] Mufti Perlis gesa jangan guna bomoh hujan

[Copy link]
Post time 14-4-2016 05:48 PM | Show all posts |Read mode




KANGAR - Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menggesa masyarakat Islam agar tidak menggunakan khidmat bomoh untuk memanggil hujan pada musim kemarau sekarang.

Beliau berkata, mempercayai kuasa lain selain Allah untuk menurunkan hujan adalah perbuatan syirik.

"Umat Islam wajib yakin kepada kekuasaan Allah. Jangan taksub hanya kerana pernah menyaksikan kemampuan bomoh menurunkan hujan," katanya bagi mengulas cadangan pihak tertentu supaya digunakan khidmat bomoh untuk memanggil hujan dalam keadaan kemarau sekarang.

Mohd. Asri berkata, yang afdal adalah memohon terus kepada Allah dan berdoa yang sekiranya dilakukannya dengan ikhlas, nescaya Allah akan memakbulkan permintaaan hamba-Nya.

"Sembahyang Istisqa dan doa beramai-ramai yang diadakan selepas solat Jumaat sejak dua minggu lepas menampakan hasil apaibla hujan beberapa kali turun walaupun belum dapat menyelesaikan masalah kemarau," ujarnya.

Beliau berkata, solat tersebut yang dijadual diadakan di perkarangan Istana Arau dua minggu lepas dan dibatalkan apabila hujan mulai turun, mungkin akan dipertimbang untuk diadakan semula. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2016 06:18 PM | Show all posts
ade jugak yg masih percaya dgn bomoh hujan nih yer.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa?        
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
roslan shah pon terer tahan hujan kata nye
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bomoh hujan tu sah2 kena bayar.

Solat sunat free of charge saja. Allah dah kasi free, lagi mau cari manusia yg jahil.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 08:39 PM | Show all posts
Knowlee replied at 14-4-2016 08:39 PM
Bomoh hujan tu sah2 kena bayar.

Solat sunat free of charge saja. Allah dah kasi free, lagi mau ca ...

ingat lagi tak kita berujan dari LRT bukit jalil ke parking?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2016 09:04 PM | Show all posts
alhamdulillah
temerloh hujan lebat
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Gunakan jer katak tuk panggil ujan...klo x mnta tolong Noh(hujan).....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2016 10:13 PM | Show all posts
Mana lebih murah..... gunakan khidmat bomoh ka atau khidmat ulamak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 09:53 AM | Show all posts
pasai tak sebut haram pakai bomoh pangey hujan

dah kata nya syirik

pasaoo nak gesa cam tuh..takut tak sambung kontrak?

cakap je harammmmm pakai bomoh pangey hujan

macam dulu katebang hilang, dengo abis kat 100 000 untuk mesia jadi bahan lawak sedunia

negara islam contoh ahahahaha

tu pasal tak eran ada kene sembelih pasal caya ibu duit beranakkan duit seme tu haaa..dah ler syirik akhbarrrr

kendian mati dalam kesesatan...nauzubillah tapi oang mesia tak blejo pe pun kes tu lai sonok cite hantu rumah mona

bila dah bosan cite seram..cite lucah plakk mona gersang, bilaaaaaa laaaa nak buat pelem ye ? aaaahahaha

tok mopti sebelum usul bab solat seme tu...tegur dulu perbuatan manusia yang suka BOTAKKAN HUTAN seme tu

jangan nanti oang  el nino kita pun el nino tapi bab ekoloji ketetapan tuhan pasal sistem dia cipta manusia langgar je

tu haaa cameron sampai banjir dan mati, tuuuu tanah runtuh sampai sekolah tahfiz pun ada mati haaa...

dah abis usaha ikhtiar bab jaga ketetapan or sunnatullah seme tu baru ler solat dan doaaaa tuu tokkk weeiii

kamu tu de phd, jangan cakap macam oang tak blajo haaa kang islam gak maluuu...tak btuii?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.133949 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list