Oleh Izzah Abbasy
Menarik pula dengar perkataan Bustel ini. Pernah dengar tak? Ha, Bustel ini sebenarnya adalah hotel tau.
Bustel merupakan gabungan daripada perkataan bus dan hotel. Bustel ini terletak di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka.
Buat anda yang gemar mencuba sesuatu yang unik bolehlah cuba tidur di sini. Bustel ini berada betul-betul di tepi Pantai Klebang dan ini menjadikannya satu tarikan utama pengunjung.
40 buah bas yang pernah digunakan sebagai pengangkutan awam di negeri Melaka dan kini diubahsuai menjadi sebuah hotel unik berserta kafe.
Setiap bas di dalamnya terdapat 2 jenis bilik; satu bilik dengan katil queen dan lagi satu bilik dengan 2 katil single. Rate Bustel untuk satu malam ialah RM 90, kalau hujung minggu pula RM 130. Untuk pengetahuan anda, setiap bilik dilengkapi katil, penghawa dingin, televisyen dan tandas.
Jom ke Melaka tidur dalam bas, eh Bustel bukan tertidur dalam bas tau! - CARI Infonet
Kredit : Facebook Bustel Melaka |