CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2808|Reply: 5

Memang Sedap Tapi Terfikir Tak Keburukan Perisa MSG?

[Copy link]
Post time 18-4-2016 05:42 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za



Memang sedap kan makanan yang ditambah dengan bahan perisa MSG. Yang tak sedap pun boleh jadi sedap.




MSG atau monosodium glutamat berfungsi menguatkan rasa. Selalunya boleh ditemui dalam sos, salad dressing, perencah makanan dan makanan tin.




Persoalannya adakah ia boleh diambil atau dilarang sama sekali? Sebenarnya tiada larangan untuk memasukkan MSG dalam makanan, namun dengan kadar sedikit sahaja. Ingat!












Berikut antara kesan-kesan akibat penggunaan MSG pada kadar tinggi:




a. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.




b. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.




c. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.




d. Kesan pengambilan MSG  ialah kesan kepada otak, ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin.  Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.





(Sumber foto: Carian google)







Oleh itu, ambillah MSG dalam kadar yang sederhana sahaja. Tidak ada salahnya untuk menjadikan makanan anda lebih sedap, tapi jangan berlebihannya. - CARI Infonet






Sumber:Blog Pohonmas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2016 06:03 PM | Show all posts
tapi dubb suka perencah kari maggi

dubb jilat gitu je
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang guna selalu time masak,

Dulu ajinomoto

Sekarang secukup rasa maggi, secukup rasa black  pepper maggi, ajishio black pepper
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 08:24 PM | Show all posts
Dulu mmg membesar dgn Ajinamoto tu..
Tp Sejak Kawin mmg aku xmasak Guna pak aji,
Minyak,Lemak Dlm masakan pun skimming biasanya,
Kulit2 lelemak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 01:08 PM | Show all posts
tak boleh terima kalau orang masak letak bahan perasa ... memang tak pandai masak ler jawapnya ...
plus kalau ada bahan perasa terasa sangat dahaga and eczema pun muncul
pecah biji air tu .. gatal sungguh ... kalau keluar satu tempat takpe ni .. merata .. kaki tangan ada ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 09:22 PM | Show all posts
Good posting; MSG ni if nak guna pon, sikit sikit je la.. kat sini kat kedai Chinese takeaway memang kekadang boleh rasa MSG Nye!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.105738 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list