|
Oleh Adib Za
Jika berkunjung negeri Hang Tuah, mana lagi kalau bukan Melaka, anda bolehlah mencuba menikmati roti canai kayu arang.
Bagi yang tertanya-tanya, roti canai kayu arang bukan dimasak seperti di kedai mamak biasa, sebaliknya ia disediakan dengan cara tradisional menggunakan kayu arang.
Tambah menarik, di sini penebar roti canainya bukan lelaki sebaliknya wanita. Hebat gila!
Nampak sahaja seperti warung biasa, tapi gerai ini memang sangat unik dan berbeza. Ia juga menyediakan juadah seperti nasi lemak kukus berlauk, soto, lontong, ayam goreng berempah dan sebagainya. - CARI Infonet
Alamat:
Roti Canai Kayu Arang
Lot N/T 461 Jalan Malim, Bachang
75250 Melaka
No tel:
016 661 2434
Facebook:
https://www.facebook.com/Roti-Canai-Kayu-Arang-293627397460275/ |
|